Ahad, 26 Januari 2025

ASEAN WAJIB BERTINDAK



Jadi 'hamba' di Myanmar selepas gelap mata ditawar gaji RM18,000


PETALING JAYA: Dijanjikan bayaran mata wang kripto 4,000 USDT (kira-kira RM18,000) untuk bekerja selama empat hari di Hong Kong oleh sindiket penipuan pekerjaan sebelum dikurung dan dipaksa bekerja dengan sindiket terbabit.

Itu situasi dialami seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan 'KK Garden' dan masih terperangkap di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar, sejak bulan lalu.

Ia terbongkar apabila adik lelaki mangsa, Choo Wei Mun, 27, melihat perbualan abangnya di aplikasi WhatsApp melalui tablet lelaki itu yang ditinggalkan di rumah keluarga di Segambut, Kuala Lumpur.

Menceritakan kejadian, Choo berkata, abangnya keluar rumah pada 13 Disember lalu dengan memberitahu keluarga mahu ke Johor Bahru selama tujuh hari.

"Selepas seminggu, abang tidak pulang ke rumah dan keluarga cuba menghubunginya namun gagal. Saya berhubung dengan teman wanita abang sebelum diberitahu abang sebenarnya ke Bangkok, Thailand, untuk bekerja.

"Sejak itu, abang sudah tidak boleh dihubungi lagi. Saya kemudian memeriksa barangan peribadi abang sebelum menemui tabletnya yang mempunyai WhatsApp Web dan dapat membaca perbualan abang bersama rakannya.

"Abang mahu meminjam wang 31,000 USDT (RM140,000) daripada rakannya itu untuk membayar tebusan kepada sindiket bagi membolehkan dia pulang ke Malaysia," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Bercerita lanjut, Choo berkata, dia turut menghubungi abangnya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diceritakan abang dibawa ke Myawaddy dari Bangkok oleh sindiket penipuan pekerjaan.

Berikutan bimbang keselamatan abangnya itu, Choo tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan daripada MHO untuk menyelamatkan abangnya.

"Saya merayu bantuan pihak berkuasa dan MHO untuk membawa abang saya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat," katanya.

Sementara itu, Daniel berkata, pihaknya akan berusaha menyelamatkan mangsa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan, pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, MHO akan berbincang dengan mangsa mengenai jalan penyelesaian bagi membawanya pulang dan perlu melihat kepada situasi yang sesuai bila mangsa boleh diselamatkan.

ASEAN WAJIB

BAWA KES INI

KE PBB 

DI NEW YORK

AMIN

MYANMAR WAJIB

DISENARAI

SEBAGAI NEGARA

PENGGANAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: