Ahad, 26 Januari 2025

ASKAR PBB WAJIB AMSUK KE MYANMAR



2,000 rakyat Malaysia masih terperangkap di Myanmar - ADUN Teruntum


KUALA LUMPUR: EXCO Pahang, Sim Chon Siang menggesa kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar mengambil tindakan segera dan tegas bagi menyelamatkan 2,000 rakyat Malaysia yang dipercayai masih terperangkap akibat kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum berkata, sehingga kini dipercayai masih ramai rakyat negara ini yang terperangkap di kawasan seperti Myawaddy di negara itu.

Chon Siang berkata, rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan bahaya dan tidak mendapatkan sebarang bantuan.

"Usaha diplomatik antara Malaysia, Myanmar dan Thailand perlu dilaksanakan dengan segera.

"Ini isu serius dan penting untuk kerajaan bertindak pantas demi membantu mereka yang masih terperangkap," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata seramai 557 warga Malaysia direkod menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan sehingga 20 September lalu dengan 128 masih terkandas di luar negara.

Saifuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 427 laporan berkaitan jenayah penipuan tawaran pekerjaan membabitkan 557 rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Chon Siang mencadangkan kerajaan mempertimbangkan strategi dilaksanakan Hong Kong dan Taiwan, dengan memperketat kawalan ke atas rakyat mereka yang ingin melancong atau bekerja di Thailand.

Mengulas inisiatif dilakukan untuk menyelamatkan mangsa, Chon Siang berkata, beliau pernah cuba memasuki sempadan bagi melakukan usaha menyelamat.

"Malangnya, saya dikejar tentera junta yang bersenjatakan M-16. Bilangan mereka juga sangat banyak.

"Jadi sekarang ini, yang boleh menyelamatkan rakyat kita hanyalah kerajaan, sama ada melalui kerjasama atau dengan menghantar tentera," katanya.

GUNAKAN 

TENTERA ASEAN

AMIN

MASUK

 KE MYANMAR

DI BAWAH BENDERA

BANGSA BANGSA

BERSATU

AMIN

SELAMATKAN 

WARGA YANG 

SEDANG DI SEKSA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: