Sabtu, 18 Januari 2025

NAJIB JUAL NEGARA PADA CHINA



Najib guna khidmat Jho Low di China, jana kekayaan negara

PUTRAJAYA – Najib  berkata, beliau memerlukan bantuan Low Taek Jho atau Jho Low di China untuk menjana kekayaaan negara dengan segera kerana ahli perniagaan dalam buruan itu mempunyai pengaruh yang kuat di negara tersebut.

Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau menghantar pegawai khasnya ketika itu,  Amhari Efendi Nazaruddin ke sana pada 2016 meskipun mengetahui reputasi buruk Jho Low.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Najib berkata, niatnya hanya ingin membantu menjana kekayaan Malaysia dan tidak mengetahui cerita terperinci yang diperkatakan bahawa Jho Low menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, beliau menafikan pemergian Amhari ke China atas misi rahsia bagi membincangkan kaedah pembayaran hutang 1MDB dan SRC International.

Akram: Dalam laporan yang dihantar oleh Amhari kepada awak mengandungi perbincangan untuk selesaikan hutang 1MDB?
Najib: Tidak setuju, perkara itu tidak berlaku.

Akram: Sekitar tahun 2016, berita mengenai 1MDB heboh diperkatakan bahawa Jho Low menyeleweng dana 1MDB?

Najib: Betul, saya mengetahui berita yang heboh diperkatakan itu.

Akram: Terdapat gambar dia sedang berparti atas kapal mewah dengan beberapa individu.

Najib: Betul.

Akram: Mengapa awak masih memilih Jho Low untuk membantu Amhari, walhal dia hangat diperkatakan menipu negara ketika itu?

Najib: Tujuan saya untuk jana kekayaan negara secepat mungkin sebab hubungan baiknya dengan China, bukan untuk minta negara itu selesaikan hutang kita.

Najib, 71, menyatakan demikian ketika sesi soal balas sewaktu menjawab empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim  Collin Lawrence Sequerah yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Istana Kehakiman, bersambung esok. – 


 WOIT

MAKIN JELAS

PERANAN JO LO

CHINA MERAH

AMIN

MEREKA GUNAKAN

PEMIMPIN MELAYU

UNTUK ROMPAK

TANAH MELAYU

AMIN

SEBAB ITU 

JO LO MASIH

DI PILIHARA

OLEH

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: