Kerani rugi lebih RM100,000 terpedaya janji pelaburan untung lumayan
KUANTAN – Seorang kerani sebuah institusi kewangan berusia 49 tahun terpaksa berputih mata kerugian lebih RM100,000 setelah terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan pelaburan secara dalam talian.
Menurut Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, wanita itu pada mulanya ternampak iklan pelaburan menerusi platform yang dikenali sebagai ‘Digital Levis’ di aplikasi Facebook pada 12 Jun lepas.
Peniaga rugi lebih RM200,000 tertipu pelaburan atas talian tidak wujud
KUANTAN – Seorang peniaga warga emas di Temerloh rugi lebih RM200,000 setelah diperdaya menyertai skim pelaburan secara atas talian tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 27 tahun itu ternampak sebuah iklan pelaburan di laman media sosial Facebook pada bulan Mei lepas.
Jururawat rugi lebih RM500,000 ditipu scammer
KUANTAN – Seorang jururawat berusia 39 tahun kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya janji seorang individu tidak dikenali menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ yang menawarkan keuntungan pelaburan tidak masuk akal.
Menurut Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, suspek yang dihubungi pada bulan Mac lepas pada awalnya menawarkan mangsa peluang pekerjaan di luar negara.
“Suspek kemudian memujuk mangsa untuk melabur dalam satu skim pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus setiap hari daripada jumlah modal yang dilaburkan.
“Mangsa kemudian diarahkan untuk membuat pelaburan itu melalui satu laman web palsu yang diberikan oleh suspek melalui satu pautan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikutan itu, mangsa menuruti arahan individu terbabit dan melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke dalam 10 akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM634,400.00 antara 24 Mei sehingga 29 Jun baru-baru ini.
Yahaya berkata, difahamkan wang pelaburan tersebut adalah hasil daripada simpanan peribadi dan pinjaman bank yang diambil oleh mangsa.
“Mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu selepas pautan platform pelaburan tersebut tidak lagi boleh diakses dan tiada sebarang pulangan diterima,” tambahnya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.
Masyarakat juga katanya diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan