SUBSIDI KALAU
DI TARIK AKAN
JADI PELURU
UNTUK TURUN
TURUN TURUN
KHALAS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menggunakan media sosial bagi menjelaskan kepada orang ramai tentang mengapa harga bahan api tempatan terus meningkat walaupun Malaysia merupakan negara pengeksport minyak, di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyatakan dua perkara utama — pertama, Malaysia mengimport lebih banyak minyak mentah berbanding jumlah yang dieksport.
Kedua, dia berkata Malaysia turut terkesan dengan penutupan Selat Hormuz di Iran, memandangkan hampir 50 peratus import minyak negara melalui laluan tersebut.
“Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini. Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak
”Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu.
“Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui Budi Madani dan Budi Diesel,” kata Anwar.
Satu video pendek yang disertakan pada hantaran perdana menteri itu turut memaklumkan bahawa pada tahun lalu, Malaysia mengeksport minyak mentah bernilai RM5.5 bilion. Bagaimanapun, negara mengimport RM12.6 bilion komoditi yang sama.
Pada 19 Mac lalu, kerajaan mengumumkan harga diesel naik sebanyak 80 sen kepada RM4.72 seliter, manakala harga RON97 meningkat 70 sen kepada RM4.55 seliter.
Harga RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.72 seliter.
Kementerian Kewangan juga memberi jaminan bahawa kadar subsidi Budi95 sebanyak RM1.99 seliter untuk RON95 akan dikekalkan meskipun berlaku lonjakan harga minyak global.
Sebagai perbandingan, di Singapura, RON95 berharga S$3.47 (RM10.64) seliter setakat 18 Mac, naik daripada S$2.92 (RM8.92) pada awal bulan ini.
Memetik portal perbandingan harga bahan api motorist.sg, Bernama melaporkan harga diesel meningkat secara stabil sepanjang tiga minggu lalu sejak Selat Hormuz ditutup, mencecah kemuncak S$3.63 (RM11.10) seliter pada 18 Mac.
Awal hari ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan menubuhkan sebuah forum seperti majlis perundingan dan intervensi kebangsaan, dengan wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan, bagi menangani kenaikan harga bahan api.
Naib presiden PAS itu memberi amaran bahawa Malaysia mungkin akan merasai kesan kenaikan harga minyak tidak lama lagi dan berkata cabaran yang dihadapi negara memerlukan pendekatan bukan kepartian yang mengutamakan kepentingan nasional berbanding politik parti.
"Tindakan kita mestilah inklusif, bersatu, dan didorong oleh komitmen untuk bertindak secara kolektif."Jadi, saya mencadangkan penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan: kerajaan, pembangkang, NGO, ahli akademik, pemimpin industri, dan wakil masyarakat sivil bagi memastikan setiap keputusan dasar mencerminkan kehendak kolektif dan kepentingan terbaik negara kita," tambahnya.
Bernama melaporkan parlimen Iran sedang bersiap sedia untuk meluluskan undang-undang yang mengenakan bayaran kepada kapal bagi "laluan selamat" melalui Selat Hormuz.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan