Ahad, 22 Mac 2026

INI KES PIJAK BILA BERLAKU ?


WOIT

INI KES BILA

BERLAKU ?

AMIN

APA JADI DENGAN

PIJAK QURAN

OLEH  SISWA

DI KUANTAN?

AMIN

KHALAS


Mengaku pijak al-Quran, penganggur dipenjara sembilan bulan

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memijak senaskhah al-Quran di bulan Ramadan, Februari lalu.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, selepas mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya ia berlaku di bulan Ramadan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencemari agama suci dengan memuat naik rakaman memijak al-Quran dengan niat hendak menghina agama Islam.

Kesalahan itu dilakukan di alamat rumah di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini pada 28 Februari 2026.

Dia didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memijak senaskhah al-Quran di bulan Ramadan, Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Abdullah Wan Radzlad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ishak Mohd Kari.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam yang perlu diberi keutamaan.

Menurut Nahra, hukuman berbentuk pencegahan wajar dikenakan memandangkan perbuatan tertuduh menyentuh sensitiviti agama.

“Sebagai seorang muslim, tertuduh sepatutnya lebih sensitif terhadap agama sendiri, namun sanggup bertindak memijak al-Quran.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan mencadangkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dikenakan,” hujahnya.

Peguam bagaimanapun memohon hukuman penjara minimum dan bermula daripada tarikh ditangkap pada 15 Mac lalu.

Hujahnya, tertuduh yang belum berkahwin dan tinggal bersama ibu bapanya juga bekerja dan kesal atas perbuatannya.

Majistret bagaimanapun menegaskan perbuatan tertuduh adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tegas Shu Yee, penghinaan terhadap mana-mana agama, sama ada Islam atau bukan Islam, berpotensi membawa kerosakan yang jauh lebih besar berbanding kecederaan fizikal.

“Dalam kes ini, perbuatan tertuduh bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam malah melibatkan maruah agama serta hak eksklusif yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Lebih membimbangkan apabila dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menggalakkan umat Islam meningkatkan keimanan melalui amalan kebaikan seperti bersedekah, bersabar dan memperbanyakkan ibadah, bukannya bertindak sebaliknya dengan memijak al-Quran,” tegasnya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan daripada tarikh ditangkap 15 Mac 2026 – MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: