Ahad, 22 Mac 2026

TRUMP BUAT LAWAK LAGI


KAH KAH KAH

TRUMP BUAT

LAWAK LAGI

KAH KAH KAH

AMERIKA DAH

LENGIT

AMIN

IRAN DAH CAKAP

PERANG AKAN HENTI

BILA IRAN KATA

BERHENTI

KHALAS



Trump pertimbang kurangkan perang dengan Iran secara berperingkat


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan sedang mempertimbangkan untuk 'mengurangkan secara berperingkat' operasi ketenteraan terhadap Iran selepas tiga minggu konflik, namun memberi amaran bahawa Selat Hormuz perlu dikawal oleh negara lain.

Kenyataan Trump itu adalah isyarat paling jelas setakat ini mengenai kemungkinan penamatan konflik, walaupun laluan utama minyak itu masih ditutup, ketika ribuan lagi anggota marin dihantar ke Asia Barat.

"Kami semakin hampir mencapai objektif ketika mempertimbangkan untuk mengurangkan usaha ketenteraan besar kami di Asia Barat berhubung rejim ketenteraan Iran.

"Selat Hormuz perlu dikawal dan dipantau, jika perlu, oleh negara lain yang menggunakannya," katanya menerusi platform Truth Social.
ADVERTISEMENT

Disyorkan
Gua Musang 'lumpuh sementara', trafik sesak 20km menjelang Aidilfitri
Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu
Iran dakwa serang tapak AS, Israel di seluruh Asia Barat
Che GuBard dipecat BERSATU
Trump yang sebelum ini mengemukakan matlamat berbeza bagi perang termasuk perubahan rejim, menyenaraikan objektif termasuk memastikan Iran tidak memperoleh senjata nuklear, memusnahkan senjata peluru berpandu, tentera laut, tentera udara serta asas perindustrian, selain melindungi sekutu di Teluk.


Pemimpin AS itu sebelum ini turut melabel sekutu NATO sebagai 'penakut' kerana gagal menyahut gesaannya untuk mengawal selat berkenaan, yang berada di bawah pengaruh kuat Iran.


Pengumuman mengejut oleh pemimpin berusia 79 tahun itu bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan operasi dibuat hanya lebih sejam selepas menolak kemungkinan gencatan senjata dengan republik Islam itu.

"Saya fikir kita sudah menang," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih ketika beliau berangkat ke pusat peranginan di Florida pada hujung minggu bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

"Saya tidak mahu gencatan senjata. Anda tidak melaksanakan gencatan senjata apabila anda benar-benar sedang memusnahkan pihak lawan, " katanya lagi.

Trump enggan mengesahkan laporan portal berita Axios bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menduduki atau menyekat Pulau Kharg, iaitu hab minyak utama, bagi menekan Tehran supaya membuka semula selat itu.

"Saya mungkin ada pelan atau mungkin tidak. Ia sememangnya lokasi yang dibincangkan ramai, tetapi saya tidak boleh jelaskan mengenainya, "katanya ketika ditanya wartawan AFP.

Sebelum ini, Trump berkata, beliau tidak bercadang untuk menghantar tentera darat ke Iran.

Bagaimanapun, akhbar The Wall Street Journal melaporkan Washington sedang mengerahkan sekitar 2,200 hingga 2,500 anggota marin AS daripada kumpulan USS Boxer Amphibious Ready Group dan 11th Marine Expeditionary Unit yang berpangkalan di California.

Ketika diminta mengulas berhubung laporan itu, Kor Marin memaklumkan kedua-dua kumpulan tentera terbabit 'dikerahkan di laut', manakala Armada Ketiga AS berkata, mereka sedang 'menjalankan operasi rutin'. - AFP



Tiada ulasan: