JALAN TERBAIK
UNTUK
SELAMATKAN
MALAYSIA IALAH
TURUN
TURUN TURUN
KHALAS
Kerajaan Madani hari ini digesa berhenti memberi alasan "kenaikan kos subsidi" semata-mata tanpa mendedahkan hasil berbilion ringgit yang diraih melalui eksport petroleum mentah dan gas asli cecair (LNG).
Pengerusi Urimai, P Ramasamy, mempersoalkan mengapa keuntungan besar Petronas tidak digunakan untuk mengimbangi harga bahan api domestik bagi meringankan beban rakyat yang kini kian terhimpit dengan kenaikan harga RON95, RON97, dan diesel.
Sambil menyelar penjelasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa kenaikan harga bahan api baru-baru ini sebagai tidak menyeluruh, katanya kerajaan hanya menumpukan kepada kenaikan kos tanpa mendedahkan keuntungan yang diperoleh Malaysia sebagai negara pengeksport minyak.
"Mengapa Anwar tidak mendedahkan hasil pendapatan Petronas daripada eksport petroleum mentah dan LNG yang sepatutnya melonjak akibat peperangan di Asia Barat?
"Keuntungan bersih daripada kenaikan harga pasaran global tersebut sepatutnya digunakan untuk mengimbangi harga bahan api domestik bagi meringankan beban rakyat," katanya.
Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak meningkatkan jumlah subsidi selaras dengan kenaikan harga minyak dunia, memandangkan pendapatan negara turut bertambah sepanjang tempoh tersebut.
Dia turut menyentuh mengenai pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar yang dianggap bercanggah dengan pengekalan subsidi petrol secara pukal buat masa ini dan tidak mengikut status sosioekonomi.
Ramasamy mendakwa tindakan mengekalkan subsidi petrol umum mungkin sekadar langkah politik untuk "meraih populariti" berbanding keperluan ekonomi yang sebenar.
"Alasan konflik luar negara tidak mencukupi sekiranya kerajaan gagal memberikan pendedahan penuh mengenai data eksport dan import bahan api negara kepada umum.
"Rakyat tidak seharusnya dipaksa menerima kenaikan harga tanpa mengetahui kedudukan sebenar aliran tunai hasil minyak negara," katanya.
Perdana Menteri menerusi satu hantaran di media sosial hari ini menjelaskan bahawa subsidi kerajaan meningkat mendadak daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu berikutan konflik di Asia Barat yang menjejaskan Selat Hormuz.
Namun, Anwar memberi jaminan bahawa usaha melindungi kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan melalui penyaluran subsidi Budi Madani RON95 (Budi95) dan Budi Diesel, agar majoriti rakyat tidak perlu membayar harga sebenar pasaran yang melonjak tinggi.
Perdana Menteri berkata sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, ramai mempersoalkan mengapa Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak turut terkesan.
Dia berkata Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik itu, menyebabkan bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan