Jumaat, 6 Mac 2026

HARI HARI AKHIR SAEKOR ANWAR


HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ANWAR MAKIN

JELAS

AMIN

YB  SENDIRI TAK

UNDI RUU

KAH KAH KAH

TAK LAMA LAGI

DAP AKAN  CABUT

AMIN

MAFIA KORPORAT

TAK DI DAKWA

AMIN

PROJEK 

GULING KERJAAN

BLOOMBERG

MAKIN MENJADI

KAH KAH KAH

KHALAS


Ahli Parlimen PKR, DAP bela James Chai dari siasatan SPRM

Beberapa ahli parlimen kerajaan tampil mempertahankan Chai Jin Shern susulan notis dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ingin mengesan keberadaan bekas pembantu Rafizi Ramli itu.

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, misalnya melahirkan rasa kesal dan mempersoalkan jika kerajaan telah “berubah menjadi apa yang pernah dibencinya”

Sebagai pembuat dasar, kata Yeo, dia bersuara di parlimen untuk menyatakan rasa tidak setuju serta harapan agar kerajaan menimbang semula perjanjian Arm Holdings terutamanya berkaitan dasar dan strategi.

Namun, tambah bekas menteri itu lagi, dakwaan bahawa Rafizi dan pasukannya mendapat keuntungan peribadi daripada perjanjian dengan syarikat gergasi semikonduktor British, Arm Holdings dirasakan tidak munasabah.

“Menyamakan perjanjian Arm Holdings dengan skandal 1MDB ibarat cerita dongeng, kisah yang tidak akan dipercayai oleh mana-mana orang yang rasional,” katanya.

Yeo turut mengkritik penggunaan jentera kerajaan yang dianggapnya digunakan untuk memalukan individu tertentu secara terbuka, sambil menegaskan bahawa tiada rakyat harus dilayan secara tidak adil tanpa mengira apa pun kecenderungan politik mereka.

“Saya masih mahu percaya kita boleh melakukan yang lebih baik daripada ini, bahawa kita boleh membina politik baru untuk Malaysia dan negara kita masih mampu bersinar sebagai cahaya harapan dalam dunia yang serba kacau,” tambahnya.

Semalam SPRM mengeluarkan kenyataan bagi meminta orang ramai membantu agensi antirasuah itu mengesan Chai – atau juga dikenali sebagai James Chai – terkait siasatan mereka terhadap perjanjian dengan Arm Holdings.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, malah dilaporkan berkata Chai adalah orang yang dikehendaki dan bukannya saksi.

Chai kemudian memberitahu dia kecewa apabila “sumber kerajaan” digunakan untuk mengesannya.

Kata Chai, dia sepatutnya dibuktikan berniat jahat semasa terlibat dalam sebarang cadangan projek melibatkan kerajaan antara Mei 2024 hingga Mac 2025 apabila dikaitkan dengan penyelewengan atau salah guna kuasa.

Selain itu, katanya, dia juga perlu dibuktikan mempengaruhi perdana menteri, kabinet, dan seluruh jentera kerajaan, serta menyalahgunakan atau mendapat manfaat secara peribadi daripada sesuatu tindakannya.

Risiko takutkan rakyat

Sementara itu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menggesa SPRM menilai semula cara siasatan yang dijalankan terhadap Chai bagi mengekalkan keyakinan awam terhadap badan pencegah rasuah itu.

Kok turut memberi amaran, apabila seseorang dikaitkan dengan salah laku sebelum fakta penuh diperolehi, ia berisiko mewujudkan persepsi bahawa proses tersebut tidak seimbang atau berlebihan.

Katanya Chai sebelum ini menjelaskan peranannya sebagai pembantu dasar yang terlibat dalam perbincangan mengenai aspirasi semikonduktor Malaysia, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada individu yang relatifnya lebih junior sedang berdepan tekanan awam yang tidak sepadan dengan kedudukannya.

“Kerajaan Madani secara konsisten menekankan integriti, reformasi institusi dan kedaulatan undang-undang.

“Untuk memastikan prinsip-prinsip ini kekal diyakini, adalah penting proses penguatkuasaan dilihat oleh rakyat sebagai adil, seimbang dan konsisten,” katanya.

Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong, turut membangkitkan kebimbangan sama dengan memberi amaran kepada SPRM agar tidak menjalankan siasatan bermotif politik kerana kaedah sedemikian berdepan kemungkinan mewujudkan suasana ketakutan dalam kalangan rakyat.

“Apabila siasatan dijalankan dengan cara yang boleh menjejaskan keyakinan awam, kerajaan perpaduan akhirnya akan menanggung kesan politik dan berdepan dengan keraguan rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, berkata penelitian terhadap Rafizi dan Chai dilihat semakin memuncak selepas Ahli Parlimen Pandan itu menggesa Azam digantung tugas.

Menurut Lee, beberapa organisasi kemudian membuat laporan polis berhubung perjanjian tersebut sebelum siasatan berkembang sehingga melibatkan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Lee memberi amaran bahawa episod itu boleh melemahkan semangat anak muda Malaysia yang idealistik untuk menyertai perkhidmatan awam, terutama ketika negara sudah berdepan masalah penghijrahan bakat apabila ramai pelajar dan graduan cemerlang memilih untuk kekal di luar negara.

“Chai berkata satu-satunya ‘kesalahan’ yang dilakukannya ialah masih berpegang pada idealisme semasa berusia 30-an ketika orang lain sudah meninggalkan atau mempersoalkan idealisme berkenaan.

“Saya berharap idealismenya terus bersinar dan menyemarakkan harapan serta minat terhadap politik dalam kalangan generasi ini.

“Kerajaan mesti mempunyai agensi penguatkuasaan yang lebih bebas, profesional dan kurang dipolitikkan,” katanya.

Semalam Chai juga menjelaskan SPRM tidak pernah menghubunginya sebelum mengeluarkan notis bagi mendapatkan keterangannya.

Pun begitu SPRM menyanggah kenyataan Chai dengan menegaskan pegawai mereka telah cuba menghubungi Chai sejak 24 Feb tetapi dia didakwa menyekat penyiasat yang menghubunginya melalui WhatsApp


Tiada ulasan: