Jumaat, 6 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 6 MAC 2026

PUASA HARI KE 16

PERANG MASUK HARI KE 7


TRUMP MAHU MEMILIH PENGGANTI AYATOLLAH IRAN
KAH KAH KAH
TRUMP BUAT LAWAK BODOH
KAH KAH KAH

Presiden Trump umumkan dia sendiri akan pilih sapa yang akan dilantik menggantikan Ayatollah Khamenei. Ini untuk memastikan Iran akan jadi BARUA USA – kah kah kah.

ARWAH NENEK GUA ADA KATA: GILA INI ADA BERIBU MACAM – kah kah kah -  kah kah kah – MENTAL TRUMP SEMAKIN SEWEL.

POLITIK TIMUR TENGAH BERUBAH – Lepas perang ini negara  BARUA AMERIKA yang bergantung dengan ekonomi minyak akan tergugat.

UMAT ISLAM SEDUNIA MENUNGGU TERDIRINYA REPUBLIK ISLAM SAUDI ARABIA.

Keupayaan Iran menyerang semua PANGKALAN TENTERA AMERIKA di Timur Tengah menunjukkan kekuatan IRAN. Malah peluru berpandu Iran meledak di Cyprus dan Azerbaijan.

SELAT HORMUZ
Bila Selat Hormuz ditutup maka aliran minyak terhenti. Ekonomi dunia terhenti. Ekonomi negara Arab Barua  Amerika juga terhenti. Dolar makin tak bernilai – maka dengan sendiri akan berlaku krisis. 

Rakyat akan marah !!! Bila rakyat marah apa akan terjadi ? Jeng jeng jeng.

EKONOMI DUNIA
Perang ini pasti akan menghuru harakan ekonomi dunia – TERIMA KASIH DONALD TRUMP – harga gas dan harga minyak naik mendadak – PERIT.

DI UK makin ramai rakyat tak sanggup memanaskan rumah dengan gas – kerana gas mahal. Ekonomi German  merundum kerana gas dan minyak yang  di import dari Rusia dah tutup. Gas dan minyak dari tempat lain harga mahal.

MALAYSIA – KITA WAJIB BERSEDIA  UNTUK TURUN TURUN TURUN.

Ekonomi Malaysia akan parah  akibat perang. Lagi lama perang lagi baik. Amerika dan Israel akan terkangkang. Ekonomi kapitalis dunia akan jadi huru hara.

Bila ekonomi parah warga marah.  BILA WARGA  MARAH  ADALAH PELURU UNTUK MENGHASUT TURUN TURUN TURUN. Amin

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien segar sejuk. Matahari belum muncul. Langit pucat. KL & KL Sentral berkabus tebal. Malam kemarin hujan -tak lebat dan tak lama.

Dari jauh Emak datang dengan dua ekor lagi. Gua tak beri makan kerana gua harap yang lain akan muncul. Gua terus berjalan ke Wakaf Ketiga – Emak mengekor.

Abang Potong Rumput sedang bekerja depan Pokok Ara.  Gua dengar suara Tekukur yang amat jauh. Tapi depan Abang  Pemotong Rumput ramai Tiong  lompat melompat mencari rezeki.

Berjalan pulang – jelas yang lain tidak muncul. Lalu gua  letak makanan atas makam.  Hanya tiga ekor yang makan – Siti adik beradik tak ada. Ini nasi kemarin.

Ha ha Tiong  suami  Isteri berlabuh. Lalu gua tabur Friskies – nampaknya Tiong makin berani.

Hari ini akan panas.  Cahaya  Tuhan Ra dan melimpah di balkoni. Tak Tak menjalar berjemur.

Kalau petang hujan – minta hujan awal –  tak ganggu peniaga Bazar Ramadan. Malam hujung minggu  sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Bila lu lihat Pelangi lu tahu betapa indahnya alam ini.

BRO
Lu dilahirkan dengan satu tujuan untuk menjaga alam ini bukan jadi perosak alam.

BRO
Alam tidak pernah mungkir janji. Jika lu rosakkan alam pasti ada jawapan dari alam. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

SELAMAT BERPUASA
  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

janji iran bukan janji melayu