Jumaat, 6 Mac 2026

NAFI ? ERTINYA BENAR BERLAKU


NAFI ?

KAH KAH KAH

NAFI ERTINYA

BENAR BERLAKU

KAH KAH KAH

KHALAS


Stesen TV Iran dakwa dron serang kapal induk USS Abraham Lincoln


TEHRAN: Stesen televisyen negara Iran mendakwa dron yang dilancarkan oleh Kor Revolusi Islam (IRGC), cabang ideologi tentera Republik Islam itu, telah mengenai kapal induk Amerika, USS Abraham Lincoln.

Namun, televisyen negara tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Pengawal Revolusi juga pernah mendakwa telah menyerang kapal induk Amerika itu, tetapi Pentagon menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa "peluru berpandu yang dilancarkan tidak pun hampir mengenai" kapal induk berkenaan.

Laporan ini muncul ketika konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran terus memuncak di Timur Tengah.

Kapal induk pertama, USS Abraham Lincoln, bersama beberapa kapal perusak berpandu, sudah tiba di Asia Barat pada Januari.

Ia disusuli kapal induk kedua, USS Gerald R Ford bersama kapal pengiringnya dilaporkan bergerak ke Asia Barat dari Caribbeanpada 13 Februari lalu. - AFP

Tiada ulasan: