Khamis, 27 Ogos 2026

CHINA AKAN AMBIL ALIH TANAH MELAYU !!!


HANYA SATU

SOALAN :

DAH ADA 

BERAPA JUTA

WARGA 

CHINA HARAM

MASUK KE

TANAH MELAYU?

KHALAS



Sindiket seludup warga China ke Malaysia ditumpaskan polis Thailand

BANGKOK — Polis Imigresen Thailand berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket penyeludupan manusia yang mengendali aktiviti membawa masuk warga China secara haram dari sempadan Kemboja menerusi Thailand untuk diseludup ke Malaysia.

Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa menahan dua dalang utama sindiket tersebut yang mengenakan bayaran broker melebihi 60,000 baht (sekitar RM7,600) bagi setiap individu.

Jurucakap Polis Imigresen Thailand, Polis Kolonel Charoenphong Khantilo berkata, pembongkaran itu bermula selepas serbuan dilakukan di sebuah resort di daerah Na Mom, wilayah Songkhla.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui enam warga China dan seorang warga Myanmar bersama lebih 20 telefon bimbit. Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu masa untuk diseludup masuk ke Malaysia bagi menyertai operasi pusat panggilan penipuan (scam center).

Hasil siasatan lanjut mengesahkan penglibatan empat warga tempatan Thailand dalam rangkaian berkenaan, termasuk dua perancang utama yang dikenali sebagai “Nikom” dan “Bang Di”.

Kedua-duanya ditahan berasingan di Chiang Rai dan Narathiwat.

Menurut polis, dalang terbabit menggaji seorang pemandu untuk membawa pendatang haram berkenaan dari sempadan Thailand-Kemboja ke daerah Hat Yai di Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.

Seorang lagi ahli rangkaian dikenali sebagai Habib ditugaskan untuk menguruskan proses menyeludup mereka merentasi sempadan Malaysia.

Pihak berkuasa mendedahkan sindiket itu dipercayai telah beroperasi secara aktif selama lebih sembilan bulan hingga sembilan tahun dengan nilai pusingan wang dianggarkan antara 6 juta hingga 10 juta baht.

Siasatan mengesahkan setiap warga asing dikenakan bayaran sebanyak 65,000 baht untuk perkhidmatan penyeludupan tersebut.

1 ulasan:

Jamal berkata...

Sebagai orang yang ada darah tionghua. Inilah detik yang aku nantikan!