Isnin, 10 Ogos 2026

DAH NAK MASUK DUA TAHUN DI TEMBAK MATI


DAH NAK MASUK

DUA TAHUN

KES TEMBAK MATI

AMIN

KENAPA?

LAMBAT INKUES

AMIN

APAKAH KERANA

MEREKA 

SAMSENG

INDIA ?

AMIN

MAKA SEMUA 

DIGELAPKAN

KAH KAH KAH

KHALAS

AMIN



Kes tembak Durian Tunggal: JSJ akan failkan permohonan tarikh inkues


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan memfailkan permohonan bagi tarikh pendengaran prosiding inkues kes tiga individu maut ditembak di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)  M Kumar, berkata keputusan untuk mengadakan inkues sudah dibuat dan proses itu akan berjalan mengikut prosedur mahkamah.

"Keputusan telah dibuat untuk inkues. Kita akan fail untuk inkues dalam dua hari lagi untuk mendapatkan tarikh dan tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media JSJ di Bukit Aman hari ini.

Siasatan polis sudah selesai

Mengulas sama ada siasatan polis akan dihentikan sepanjang prosiding inkues berlangsung, beliau berkata, siasatan polis sudah diselesaikan buat masa ini.

"Kita sudah melengkapkan siasatan buat masa ini. Keputusan telah dibuat untuk inkues. Proses inkues akan berjalan sama seperti kes di Sabah, adik Zara Qairina Mahathir dan ia akan melalui proses mahkamah yang menyeluruh.

"Semua polis yang terbabit akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding berkenaan," katanya.

Pada 20 Julai lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC), memutuskan satu prosiding inkues diadakan bagi menyiasat kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian itu termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa menghayunkan parang ke arah seorang koperal polis di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal, jam 4 pagi.

Insiden berkenaan menyebabkan anggota polis berusia awal 30-an luka parah pada tangan kiri.




Tiada ulasan: