Selasa, 18 Ogos 2026

DRON BUATAN UK BOM MOSCOW


SATU DUNIA

MENUNGGU 

NAK LIHAT  APA

BALASAN DARI

RUSIA

AMIN




Dron buatan UK diguna dalam serangan terhadap Russia


LONDON: Moscow memberi amaran Britain akan 'menerima balasan' susulan laporan bahawa dron buatan negara itu yang dibekalkan kepada Ukraine digunakan dalam serangan jauh ke dalam wilayah Russia.

Amaran Moscow itu menyusuli laporan akhbar Sunday Times bahawa dron keluaran dua syarikat Britain digunakan Kyiv untuk menyerang sasaran ketenteraan dan perindustrian di wilayah Russia.

Dalam kenyataan, Kedutaan Russia di London menuduh Britain menjadi 'rakan jenayah dan turut bertanggungjawab' terhadap serangan berkenaan, selain sengaja memilih untuk meningkatkan konflik.

"Semakin mendalam pembabitannya dalam konflik dan semakin besar sokongannya terhadap jentera pengganas Kyiv, semakin tinggi harga yang perlu dibayarnya," menurut kenyataan itu.

Menurut Sunday Times, salah satu syarikat terbabit ialah anak syarikat gergasi pertahanan Britain, BAE Systems. Bagaimanapun, akhbar itu tidak mendedahkan identiti syarikat kedua atas alasan keselamatan.

Kementerian Pertahanan Britain tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas laporan berkenaan.

Britain menjadi antara penyokong terkuat Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan berskala penuh terhadap negara itu pada Februari 2022.

London sudah menjanjikan bantuan sekitar 25 bilion paun (RM137.22 bilion), termasuk 16 bilion paun (RM87.82 bilion) dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Ukraine meningkatkan serangan jarak jauh ke dalam wilayah Russia sejak beberapa bulan kebelakangan ini, manakala Moscow turut memperhebat serangan peluru berpandu dan dron terhadap ibu negara Ukraine. - AFP

Tiada ulasan: