JALAN KAKI
TAK SELAMAT
AMIN
NAIK KERETA
TAK SELAMAT
AMIN
GAZA
DAH SAMPAI
KE MALAYSIA
KHALAS
Dihempap lori tangki, pemandu dan penumpang kereta dipercayai rentung
KUANTAN: Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan bahan api sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.
Ketua Polis Temerloh, Nasyim Bahron, berkata jumlah dan butiran mangsa yang terlibat masih belum diketahui.
P
1 maut, 2 cedera kemalangan lima kenderaan
SHAH ALAM: Seorang maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor hari ini.
Selain dua motosikal masing-masing jenis SYM ADXT dan BMW R1300, tiga lagi kenderaan membabitkan lori, kereta dan van.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku jam 6.20 pagi apabila seorang wanita berusia 45 tahun yang menunggang SYM ADXT dalam perjalanan dari Rawang ke Sik, Kedah.
"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu operasi klinikal cuba memotong kenderaan di lorong tengah, namun terbabas dan tercampak ke tengah jalan.
Pejalan kaki maut selepas tercampak dirempuh kereta
HULU SELANGOR: Seorang pejalan kaki maut selepas tercampak dirempuh kereta di Jalan Bukit Manchung, Bukit Beruntung, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata kemalangan berlaku jam 8 pagi semasa kereta dipandu wanita berusia 33 tahun dari Prima Bukit Beruntung menghala Kuala Lumpur, sebelum terlanggar pejalan kaki.
"Impak pelanggaran mengakibatkan mangsa, wanita berusia 54 tahun tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.
Tiga sekeluarga maut selepas lori Imigresen langgar lampu merah
KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.
Mangsa ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kemalangan kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.
Isteri mangsa berusia 55 tahun yang juga ibu kepada dua anak perempuan berkenaan cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki

Tiada ulasan:
Catat Ulasan