JADI KAPIR
JADI ISLAM
SAMA SAJA
AMIN
SATU KILO AYAM
DI PASAR CHOW KIT
KAPIR BAYAR
10.90 SEN
ISLAM BAYAR
10.90 SEN
AMIN
SATU KILO PISANG
TETAP 6 RINGGIT
UNTUK ISLAM
TETAP 6 RINGGIT
UNTUK KAPIR
AMIN
ISLAM KE
KAPIR KE
MAKAN PETAI
KENCING SAMA
HARING
KHALAS
'Masuk DAP tak jadikan kami kafir'
Sejak memulakan perjalanan politik mereka bersama DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Syahredzan Johan berdepan kritikan berterusan atas keputusan mereka menyertai parti itu.
Antara label yang dilemparkan kepada mereka ialah "pengkhianat" kepada orang Melayu dan Islam, di tengah-tengah persepsi dalam kalangan sesetengah orang Melayu konservatif bahawa DAP menimbulkan ancaman kepada kepentingan dan identiti mereka.
Bercakap di podcast KiniTV, Sheikh Umar dan Syahredzan yang masing-masing merupakan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP berkongsi bagaimana mereka telah menanggung beberapa serangan susulan keputusan mereka menjadikan DAP sebagai wadah politik.
"Saya rasa paling teruk pada saya yang paling saya terkesan ialah saya kafir. Itu memang sebagai seorang Muslim itu memang tak boleh terimalah.
"Sebab dia mempersoalkan apa agama kita sendiri, itu memang saya tak boleh terima dan membuatkan saya marahlah.
"Tapi yang lain panggil baruah dan sebagainya ini dah sampai satu tahap dah lalilah," kata Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi.
Menurut Syahredzan, serangan sebegini kebanyakannya berlaku dalam talian setakat ini.
Begitu juga, Sheikh Umar berkata bahawa walaupun dia sudah terbiasa dengan pelbagai penghinaan yang dilemparkan kepadanya, dipanggil kafir masih menyakitkan hati.
Bekas Adun Paloh itu berkata dia telah belajar untuk mengabaikan label sedemikian, melihatnya sebagai sebahagian daripada perjuangan politiknya.
Dia berkata tuduhan sedemikian hanyalah persepsi yang cuba dipupuk oleh seteru politik DAP.
"DAP tidak melawan Islam. DAP ialah sebuah wadah parti politik. Pendekatan politiknya demokrasi sosial.
"Dia bergerak ke arah sentris yang lebih sederhana. Membawa polisi-polisi yang baik dan menjunjung aspirasi dan semangat perlembagaan yang telahpun meletakkan Islam dan Melayu di tempatnya yang sesuai di dalam perlembagaan itu dan DAP tidak pernah melawan itu.
"Jadi berdasarkan itu, saya nyatakan sekali lagi bahawa memang DAP ialah sebuah wadah parti politik dan apa segala kecaman yang kita terima ini adalah semuanya persepsi yang cuba diwujudkan oleh seteru-seteru politik dalam pertembangan politik dan pilihan raya di negara kita.
"Jadi menyertai DAP, saya cukup yakin dan percaya tak pernah jadi masalah kepada akidah saya," katanya semasa temu bual dalam episod podcast 'Explain Sikit' KiniTV.
Menurut Sheikh Umar, dia juga keliru bagaimana pihak tertentu boleh membuat kesimpulan bahawa seorang Muslim menjadi 'murtad' hanya dengan menjadi anggota parti politik seperti DAP.
Sheikh Umar mengecam PAS, yang katanya bertanggungjawab dalam mengisytiharkan Muslim lain murtad hanya kerana mereka tidak berkongsi pandangan politik PAS.
Dia memetik insiden pada tahun 1981 apabila presiden PAS ketika ini, Abdul Hadi Awang, melabelkan Umno sebagai kafir dalam khutbahnya yang terkenal 'Amanat Haji Hadi', yang mencetuskan perpecahan di kalangan orang Melayu.
"Jadi yang kafir mengkafirkan, mempertikaikan akidah seseorang ini, ialah sorry to say, parti yang menjunjung jenama Islam.
"Di mana sebenarnya tak perlu pun berlaku sehingga ke arah itu kerana akidah kita tidaklah terkait secara harfiah, secara langsung dengan parti politik dan wadah politik yang kita sertai termasuklah wa'ima kita menyertai DAP," kata Sheikh Umar.
Anak jati Johor itu berkata dia tidak pernah membiarkan semangatnya luntur oleh label-label buruk itu. Sebaliknya, ia telah menguatkan tekadnya untuk kekal dalam DAP.
Walau bagaimanapun, dia mengakui bahawa serangan sedemikian memberi sedikit kesan kepada keluarganya, terutamanya ibu bapanya yang semakin tua yang baru-baru ini belajar menggunakan media sosial.
"Saya doa sajalah. Maafkanlah ya Allah mereka ini kerana mereka tidak tahu," tambah Sheikh Umar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan