Ahad, 30 Ogos 2026

NEPAL - 3000 MASIH HILANG - MATI MAKIN BERTAMBAH


ADA APA2 

BERITA TENTANG

WARGA KITA ?

AMIN

ANGKAT KEMATIAN

BERTAMBAH

AMIN

ANGKA HILANG

BERTAMBAH

KHALAS


Angka kematian banjir di sempadan Nepal-China meningkat ke 633, hampir 3,000 hilang



ISTANBUL: Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di sempadan Nepal-China meningkat kepada 633 orang dan hampir 3,000 orang hilang, menurut angka terkini daripada pihak berkuasa dan media tempatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Di Nepal, angka kematian meningkat kepada 626 orang dan 2,426 belum ditemui, lapor Kathmandu Post memetik Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan negara itu.

Pasukan mencari dan menyelamat terus menemukan mayat yang dihanyutkan arus deras sungai.

Chitwan dan Nawalparasi Timur antara kawasan paling teruk terjejas manakala puluhan mangsa turut ditemui di Gorkha, Dhading dan Nuwakot susulan limpahan air sungai Bhotekoshi dan Trishuli, aliran utama yang berpunca daripada banjaran Himalaya.

Tiada ulasan: