Isnin, 15 September 2008

KAH KAH KAH

Nak selamatkan Raja Petra, maka dia di tahan.

kah kah kah...... nak selamat kan dia dari apa?

woit..... nak selamatkan dia dari motor besar dia .... kah kah kah

UMAT KENA TEGUH PRINSIP – NAJIB

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam berpegang teguh kepada prinsip ajaran Islam, termasuk berlaku adil dan bersikap toleransi kepada bukan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu, banyak lagi peristiwa menunjukkan umat Islam berlaku adil kepada bukan Islam, sekali gus menunjukkan Islam sesuai untuk semua zaman dan kaum di mana saja di dunia.


Kah kah kah…… gua relak dan senag hati bila dengar uztaz baru berceramah…..kah kah kah

KERAJAAN SELANGOR CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN – Utusan Melayau

SHAH ALAM 14 Sept. - Keputusan membatalkan pengambilalihan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) membuktikan kerajaan campuran Selangor 'cakap tak serupa bikin'.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini kerana sebelum memerintah dan semasa kempen pilihan raya, mereka menyebarkan kepada rakyat yang keputusan kerajaan negeri dahulu menyerahkan pentadbiran SABK kepada kerajaan pusat sebagai tidak betul.


kah kah kah...... inilah tugas ketua pemabngkang yang terbaik...... ingatkan kerajaan pakatan tentang janji mereka..... nanti pakatan baru buat best......lagi lama mereka bertapak......kah kah kah..

kritik wak jangan tak kritik...... keras lagi wak....bagi mereka buat kerja .... baru mereka tip top....kah kah kah..... nanti wak leh lama duduk kat situ....kah kah kah.

SELAMAT KEMBALI YB! – Utusan Melayau

Selamat kembali ke tanah air YB daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dari Taiwan setelah beberapa hari berada di negara itu untuk lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian moden. Bolehlah YB semua bersama- sama rakyat yang lain menyambut hari pembentukan Malaysia esok, 16 September.

kah kah kah..... rakyat nak tunggu dengar ceramah hal dragon fruit dari taiwan..... bila hah...kah kah kah ?

woit yb nak buat kerja sambilan tak.....mardi ada nak pakai tukang kebun .....kah kah kah

USAH BUANG MASA BERDEBAT HAL POLITIK - Utusan Melayau

SUNGAI PETANI 14 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah tiba masa untuk semua pihak berhenti membuang masa memikirkan hal-hal politik atau terus berdebat sehingga menjejaskan parti.

Kah kah kah.... la.... nama sama tapi kepala entah kemana?

Wak ......kalau tak debat hal politik nak debat apa........kah kah kah .... nak debat harga cincau kat pasar chow kit.....kah kah kah

Ahad, 14 September 2008

SURAT AKU KEPADA KAU

aku tahu di mana kau berada malam tadi
aku tahu di atas lampiran apa kau tidur
bilik itu pun aku tahu
tingkap kecil besi itu pun aku tahu

setiapa kali klik klik klik... bunyi itu pun aku tahu

apa yang kau makan aku pun tahu
jam berapa makanan itu sampai aku pun tahu

dimana tandas dan dan warna apa baju kau pakai aku pun tahu

( dalam perjalanan ini bang .... jauhnya bukan main – suara isteri kau menusuk ke telinga aku )

aku telah melihat tangisan seorang ayah di hadapan jeriji besi
aku telah melihat lelehan air mata seorang isteri yang suami nya entah dimana
aku telah melihat jeritan seorang anak yang ayahnya telah hilang pergi

bila matahari jatuh aku tahu kau mengira hari
aku tahu kau akan mencakar dinding tembok itu agar kau tahu hari begerak
aku pun tahu siang dan malam kau adalah sama

hari pun berjalan
aku pun tahu betapa lambatnya detik dan saat beralih
hari pun berjalan
aku pun tahu betapa hati kau dirusuk rindu
hari pun berjalan
aku pun tahu

( dalam perjalanan ini aku pun tahu masih ramai yang tidak tahu )

kepada mereka yang tidak aku
lalu aku ingin tahu

katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kitab yang wajib aku tuliskan agar hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa timbun jongkong emas yang perlu kau kumpulkan sebelum hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa ratus jong di laut yang kau perlu sauhkan sebelum hati kau dapat menilai erti kemanusiaan
katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kuasa yang kau perlukan sebelum hati kau berdetik untuk melihat
katakanlah kepada ku berapa mayat bergelimpangan yang kau perlukan sebelum kau dapat menjadi insan

bila kau tidur malam ini bayangkan malam yang tidak sudah-sudah
bila kau tidur malam ini bayangkan salji turun tidak berhenti-henti
bila kau tidur malam ini bayangkan tangisan seorang anak
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang isteri sujud berdoa
bila kau tidur malam ini bayangkan sorang ibu sedang membakar lilin
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang insan yang tidak boleh tidur

(bila kau membaca surat aku kapada kau
jika kau marah – delete lah surat aku ini –)

perjalanan ini masih panjang
tangisan itu masih ada
lilin itu masih terbakar
doa itu akan berterusan

salji itu akan mencair
ribut itu akan berhenti
malam itu akan membawa subuh
subuh akan membawa matahari

bila matahari sampai aku akan menghulurkan tanganku kepada kau
tanda setiakawan kita sesama manusia
kerana aku yakin kau juga adalah seperti aku juga
yang hidup dalam satu perjalanan