Isnin, 3 November 2008

BERITA HOT !!! RAJA PETRA BOLEH DIBENAR JADI SAKSI KES ALTANTUYA – SYED HAMID - mStar


PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tidak ada sebarang sekatan bagi mana-mana tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk Raja Petra Raja Kamaruddin untuk menghadiri sebarang prosedur mahkamah.

"Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah," katanya kepada mStar Online.


jeng jeng jeng… jeng jeng jeng…. bik mama pun boleh jadi saksi tak ?…. kah kah kah…

hairan…. mat polis dua orang tu pasal apa dia nak bunuh altantuya?.... kah kah kah

sapa suruh mat polis tu bunuh altantuya?.... kah kah kah…

mana mat polis ni kenal minah cun ni ?.... kah kah kah…. jumpa kat mana?....kah kah kah… tak kan jumpa dalam bilik urut kat bukit bintang….kah kah kah…

cam na polis ni dapat c4?..... kah kah kah…. beli kat petaling street ke ?.... kah kah kah

hairan napa balasubramaniam tak dipanggil jadi saksi dulu…. kah kah kah…. mana mat bala ni dah pindah?.... kah kah kah …. dah pegi ke bulan?.... kah kah kah….

mat bala ni kata mat mongol entot entot minah cun dari mongolia… tu betul atau tidak?.... kah kah kah…. napa tak cari mat bala?.... kalau betul ertinya mat mongol tipu lagi…. kalau salah mat bala mesti kena rotan….. kah kah kah

ahli parlimen pun ngok…..napa tak tanya dalam parlimen?....

wartawan napa tak ada follow up…. tanya laaa polis apa jadi dengan mat bala…. wartawan napa tak pergi tanya sepupu mat bala…. apa terjadi dengan kelurga dia sekarang?.....anjing balasubramaniam ni sapa bagi makan sekarang?....

patutlah wartawan di malaysia tak pernah menang hadiah pulitzer…. ngoooooook….kaki bodek semuanya….kah kah kah kah kah kah…

ORANG RAMAI NAK TAHU APA JADI DENGAN P BALASUBRAMANIAM




FITNAH LAGI - KERAJAAN UMUM LANGKAH KURANGKAN KESAN KRISIS KEEWANGAN ESOK - mStar


PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah bagi memperkukuh ekonomi negara dalam usaha menangani krisis kewangan esok.

Ia akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di Parlimen esok.

Ketika menyatakan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah-langkah yang diumumkan itu mesti membawa keyakinan kepada rakyat untuk menghadapi cabaran dan sekurang-kurangnya mampu mengukuhkan ekonomi daripada mengalami kesan teruk.

"Kita mesti kurangkan kesan-kesan yang teruk itu dengan menggalakkan pelaburan dan memberi perhatian kepada sektor yang membangun yang boleh dimajukan dan berkembang walaupun sedikit," katanya.


kah kah kah…. ini betul betul berita fitnah… mat mongol dah cakap…. Berapa kali mat mongol nak cakap…. EKONOMI MALAYSIA MANTAP…. TIDAK ADA KRISIS…. kah kah kah….. kah kah kah….

mat ngantuk ni nak buat fitnah lagi…..kah kah kah….mana ada krisis ekonomi di malaysia ini…. kah kah kah…. malaysia unik…. kah kah kah…. malaysis boleh… kah kah kah… malaysia ada maha firaun…. kah kah kah… malaysia dah ada mat mongol....kah kah kah



PEMBELIAN HELIKOPTER TERLALU MAHAL, DAKWA DIPENGARUHI PIHAK TERTENTU - berita hairan


SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu cadangan pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 bernilai RM1.607 bilion yang kini ditangguhkan bagi memastikan sama ada ia dilakukan mengikut prosedur.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan itu dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.

"Siasatan kes itu diketuai Pengarah Siasatan, Datuk Shukri Abdullah dan baru dimulakan. Pegawai kami sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan.

"Jika wujud unsur rasuah, kita akan jalankan siasatan lanjut," katanya, selepas menghadiri Ujian Kemahiran Menembak BPR Malaysia 2008 di Lapang Sasar Mantin, semalam ketika mengulas laporan polis dibuat Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa berhubung isu berkenaan.

kah kah kah…. badan pencegah rasuah ??... kah kah kah …. JIKA WUJUD UNSUR RASUAH, KITA AKAN JALANKAN SIASATAN LANJUT …. kah kah kah… jika wujud unsur rasuah… nak siasat lagi ??? …kah kah kah…

pelik ! ….kah kah kah … kalau dah wujud rasuh tangkaplaa BAWA KE MAHKAMAH… kalau dah wujud nak siasat apa lagi…. kah kah kah… siasat kerana nak tahu ada rasuah atau tidak…. kah kah kah….kalau dah wujud…. siasatan lanjut nak buat apa?….kah kah kah… nak tipu mak cik felda ke????.... kah kah kah… semua nak kelentong…kah kah kah….

semua nak bodohkan orang melayu…. woit cukuplaaaa…. hentikanlaaa….janganlah buat projek bodohkan melayu…. kah kah kah




ZAID PERLU KELUAR RUMPUN MELAYU – SHAHIDAN - melayau


KANGAR 2 Nov. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.


kah kah kah…. BERTAUBAT?.... kah kah kah… woit munkeee… cam mana nak taubat…. kah kah kah…..bertaubat dari apa?.... kah kah kah….

woit…. tolong bagi tahu cam mana nak KELUAR DARI RUMPUN MELAYU….. kah kah kah…. minat borang dari siapa?.... kah kah kah…nanti ada yang nak keluar tak nak jadi melayu…. kena tangkap pulak…. kah kah kah… tuduh murtad…. kah kah kah…

zaid ni kata KETUANAN MELAYU ni buatkan melayu jadi ngook….kah kah kah…. bila munkee ni buka mulut terbukti bahawa apa yang zahid kata betul…. kah kah kah…

munkee ni adalah contoh terbaik ketuanan melayu… kah kah kah…ketuanan melayu ni buatkan orang jadi NGOOOOK….kah kah kah



ALTERNATIF BARU GANTI PEMBERIAN REBAT MINYAK ? malayau


PUTRAJAYA 1 Nov. - Kerajaan sedang memikirkan alternatif baru untuk menggantikan pemberian rebat minyak berikutan maklum balas yang negatif daripada pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, gambaran dan pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak menyatakan bahawa sistem rebat itu adalah satu sistem yang tidak disukai rakyat.

"Walaupun tujuan kerajaan memperkenalkan sistem ini ialah untuk memberi bantuan kepada pengguna dan pemilik kenderaan di bawah 2,000cc, namun nampaknya rakyat Malaysia tidak kisah.

"Tak ramai yang suka rebat ini dan ramai yang merasakan sistem rebat tak sepatutnya dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat kementerian itu di sini hari ini


kah kah kah….. orang ramai tak suka??? … kah kah kah…. ini berita baru… tak pernah pun dengar mat rempit tak suka rebat…. kah kah kah… tak ade pun berita orang komplin…. kah kah kah….siapa PELBAGAI PIHAK ni? …. Bagilaa tahu… ni nak kelentong lah ni… kah kah kah… nak kelentong mak cik felda…. kah kah kah

dulu cakap semua rakyat mengalu-alukan langkah tepat lagi bijak lagi pandai…kah kah kah…. dulu ada temu bual mat rempit kata gamin best…. ni tiba tiba kata orang ramai komplin…. sapa orang ramai ni ?.... kah kah kah…

kalau tak ada duit cakap laaa duit tak ada…. kah kah kah…. cakaplaaa harga minyak dah turun…. kah kah kah…. cakaplah… minyak yang kita jual pun dah murah…. cam mana nak bagi rebet…. kah kah kah…

cukuplaaaa…. hentikan laaaa kerja membodohkan orang melayu…. dah 50…kah kah kah…. dah ramai melayu bodoh…. di sintuk dah ada 20 ribu…kah kah kah… ni lum kira uitm lagi…. kah kah kah… ni lum kira ukm lagi… kah kah kah… ni lum kira kang kong lagi…. kah kah kah...

hentikan rembat duit rakyat .... bukan rebat.... rakyat bukan marah rebat... rakyat marah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION REMBAT DUIT RAKYAT!.... kah kah kah



Ahad, 2 November 2008

NAJIB, ALTANTUYA dan INTERNET

(MELIHAT KEMBALI)

Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang ‘joker’ atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini.

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang merbahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda’ ‘laman lucah’ ini tidak lagi menarik perhatian umum.

Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat ‘laman porno’ ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan ‘laman porno’ ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa. Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah.

Saya telah banyak menulis tentang peranan internet. Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di saentero dunia.

Internet telah membuka ruang untuk warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga.

Malaysia yang telah mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen kini telah menghadapi satu keadaan baru. Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama ‘orang-orang politik’ dari parti pemerintah.

Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. Malah majoriti blog dan laman, tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian. Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi.

Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. Mari kita kaji latar belakang yang memunculkan kenyataan Najib ini. Untuk saya kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latar belakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurufikir’ dan rakan niaga Najib Razak.

Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini ‘dikatakan’ telah mendapat duit komisen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blok telah menunjukkan hubungan intim diantara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah.

Hubungan ‘intim anak dan ayah’ ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisen berjuta-juta dollar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul, bermakna ada kong kali kong diantara ‘anak dan ayah’. Dari apa yang saya baca di laman blog, duit komisen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang.

Di mana pula tersepitnya Altantuya? Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkah ‘jurufikirnya’ mencerminkan ketrampilan bossnya.

Anggapan saya ini meleset. Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah ‘bertogel’ dengan Altantuya. Lihat bagaimana sahehnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Aziz. Atau Kadir Jasin. Dalam kes ini, wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambil kira.

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini ‘Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… badan Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar dengan peniaga komunis Russia dan peniaga kafir Peranchis yang tidak mahu menurunkan harga peluru.

Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan menteteramkan Razak Baginda semasa tawar menawar di Paris atau di Moscow. Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah ‘jurufikir’ yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral?

Disini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali murtad tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita.

Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita.

Banyangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi.(1)

Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Banyangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucuk Razak?

Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan.

Kerana ‘jurufikir’ Datuk Seri sekarang ‘berehat’ di Sungai Buluh, maka saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.


1 ) Mata Mata gelap swasta itu ialah P.Balasubramaniam yang mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008

Tulisan ini pernah keluar dalam Malaysia Today dan MalaysiaKini pada Januari 2008.
Tulisan ini juga terkumpul dalam buku Keganasan,Penipuan & Internet May 2008