Ahad, 23 Ogos 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
CUACA DI KUALA LUMPUR
indah nyaman berangin
petang ahad yang nyaman
matahari bersinar
tanda kaseh kepada manusia
selamat berbuka puasa
PETANG YANG JUJUR
SEHARI TELAH BERLALU
Petang ini akan berakhir
Matahari akan turun meninggalkan kita
Lalu matahari pergi
Ada orang lain yang memerlukan cahayanya
Maka tertutuplah kitab sebuah hari
Apabila kita berlapar ini maka cuba renongkan
Makna hidup dan kewujudan
Dari mana hendak ke mana
Ketika kita berlapar ini
Bebaskan diri dari hiruk pirok
Bebaskan dari mengejar yang tak sudah sudah
Mengejar yang tak dapat dapat
Dalam suasana petang ini sebelum matahari berundur
Sebelum matahari menyinarkan kepada orang lain
Mari kita bertanya diri
Mari memeriksa diri
Apa yang sebenarnya yang kita cari
Cubakan fikirkan apakah ini siuman
Tersentak diwaktu pagi
Berasak-asak dijalan raya
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Yang membosankan
Kemudian pulang
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Di jalan raya
Berakhirnya satu hari
Masih belum sempat bertanya apakah yang sebenarnya di cari
Atau melakukan semua ini kerena tidak pernah memikirkan
Betapalah enaknya memancing ikan
Betapalah enaknya bersandar di tepi laut
Betapalah enaknya menulis sekeping surat cinta
Betapalah enaknya mengembalakan sekawan kambing
Dari menjadi hamba kepada entah apa-apa
Dalam dahaga petang
Dalam lapar senja
Cuba tanya diri
Berdiri tegak ini hendak ke mana?
Aku lakukan ini kerana orang lain buat
Aku lakukan ini kerana macam ini macam inilah macam ini
Aku buat ini kerana datuk aku buat
Aku buat ini kerana datu datuk aku buat
Hah ! dalam lapar dan dahaga ini
Berfikir sajenak
Bertanyakan diri
Soal diri sendiri
SAEKOR KATAK MELOMPAT
ADUN LUNAS KELUAR PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan.
GEMPAR !! GEMPAR !! HOT !!!– HANTU MUNCUL DI PERMATANG PASIR
BAPA RAFIZAH BERI ROHAIZAT HINGGA MALAM INI BUAT PENGAKUAN – malaysiakini
Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.
Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.
Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.
"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah…. GEROMBOLAN BETUL SALAH PILIH…. Kah kah kah..
Kah kah kah…. MULA MULA PILIH LOYAR BURUK…. kah kah kah…
Kah kah kah…. LEPAS TU KES TIPU DUIT 161,000 RIBU RINGGIT…kah kah kah..
Kah kah kah…. LEPAS TU ADA DUA KES LAGI…. kah kah kah…
….NAH TIBA TIBA BAPAK MENTUA BARU MUNCUL….. kah kah kah…
Kah kah kah… PECAH TEMBELANG… SATU MALAYSIA KETAWA...kah kah kah….
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
MALAM INI BERBUKA PUASA - PERMATANG PASIT
ACARA KEMPEN ANWAR IBRAHIM DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR - 23 OGOS 2009 (AHAD)
PROGRAM UNTUK PELANCUNG POLITIK MALAM INI:
Berikut adalah jadual berkempen Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada hari Ahad, 23 Ogos 2009:
6.30 - 8.00 mlm : Tazkirah, Buka Puasa Dan Solat Maghrib
Tempat : Surau Kampong Paya
7.00-11.00 mlm : Program Bersama Masyarakat Tionghua - Jamuan Makan Malam “Super Sunday”
Tempat : Dewan Uplifting Society - Tanah Liat
Panel Penceramah:
Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Lim Guan Eng
Chua Jui Meng
Nga Kong Ming
Ustaz Salleh Man (calon)
8.42 - 10.00 mlm : Solat Isyak, Tarawikh dan Tazkirah
Tempat : Masjid Indra Muda
10.00 - 12.00 mlm : Ceramah 1
Tempat: Kampong Petani
Panel penceramah:
Anwar Ibrahim
Zahrin Hashim
Dr Hatta Ramli
Ustaz Salleh Man (calon)
10.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana
Tempat : Tanah Liat Mk 8
Panel penceramah:
Anwar Ibrahim
Chua Jui Meng
Dr Mujahid Yusof
Ustaz Salleh Man
ISLAM PALSU DAN SYURGA RASUAH
TINGGALKAN UMNO DENGAN SYURGA RASUAHNYA KATA NIK AZIZ – harakah daily
Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".
Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah….INI BARU BETUL… kah kah kah…
Kah kah kah…. GEROMBOLAN DENGAN SYURGA RASUAH…. kah kah kah…
Kah kah kah…..ADA CHINA DOLL… ADA MONGOLIAN DOLL…. Kah kah kah…
Kah kah kah….SYURGA RASUAH DARI ISLAM PASLU….kah kah kah….
Woit….. BILA LAH AGAK ORANG MELAYU NAK SEDAR…. kah kah kah…
Kah kah kah…. MINTAK MINTA BILA PUASA INI TERBUKA HATI MEREKA…kah kah kah…
Kah kah kah...50 TAHUN KENA TIPU... TAK KAN TAK SEDAR SEDAR... kah kah kah..
Langgan:
Catatan (Atom)