Selasa, 25 Januari 2011
INI DIA YANG COOL
SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI
nota:
lihat dan saksikan
anak anak muda
rancak berpesta
denim blue menjaga nyawa mereka !
KAU DENIM BLUE
lihat dan saksikan
bertapa setianya kau menjaga kami
ketika aku di jalan raya
kau setia rapat dengan aku
ketika aku lari laju
kau tidak meninggalkan aku
kaulah teman
kau lah sahabat
kau lah kawan
ketika aku bertempur
ketika aku sejuk
ketika aku panas
kau sentiasa bersama
setiakawan sepanjang zaman
kau licah
kau gagah
kau setia
kau ranggi
kau indah
kau cool
kau lah teman anak muda di jalan raya
kau lah yang cool
aku temui kau di san francisco
ketika arwah lennon menyanyikan lagu give peace a chance
aku temui kau di lagos ketika polis meruntuhkan bidonville
aku temui kau di karachi
ketika anak muda bangun menentang zia ul haq
aku temui kau di tehran
ketika anak muda bangun mendobrak shah
aku temui kau di peking
ketika kereta kebal mula merusuh
aku temui kau di praque
dimusim bunga itu
aku temui kau di london
ketika anak mahasiswa bangun melawan
aku ternampak kau di paris
pada mei 68
aku bertemu dengan kau di kuala lumpur
di sudut pidato universiti malaya
kau ranggi dan cool
aku ternampak lagi kau
kacak dan bergaya
bersama anak anak muda di tunis
merayakan kemudaan
lalu aku bertanya
ah! kau pun ada disana
denim blue kau merentas dunia
kaulah internationalis
nyanyikan seklai lagi imagine lagu arwah lennnon
laungkan sekali lagi slogan keadilan
dengarkna suara anak anak muda menuntut hak mereka
kau lah yang cool
kau denim blue dijalan raya kau bertempur
putarkan sekali lagi internationale
biarkan aku dalam blues
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
bro TT,
kalao di buat lagu ni pasti meletop nih...
tambah tambah lak ana raffali yang nanyikan, perghhhhh
kau ni tak habis2 nak hasut anak2 muda..!
Blue Blue My World is Blue >>>> http://www.youtube.com/watch?v=p9FYD1dlw4E
menghasut kepala hotal kao, ini seni bro, faham seni? seni mempertahankan diri....!!!!1
TT,
JANGANLA MARAH KEPADA MRK YANG TIDAK MAHU MENGERTI...
HATI MEREKA TELAH MATI.
BIARLA KAMI YANG MENGERTI MENGHAYATI...
TERUSKAN BRO HISYAM
Levi's kepala Kain Bundle laaa!!!!!
cun....
i_refused
pergh..kalau takda ayat salah taip leh print wat buku ni
Salute Untuk TT yang sentiasa meraikan anak muda dan jalan raya!
bilalah 1malaysia nak berubah.
to tanpa nama: siapa yang menghasut? umno telah lama menghasut kanak-kanak sekolah. engko salah satu yang di monkey-kan.
"STILL GOT THE BLUES"
Kalau dah bengap...bengap ler jugak.
cerita pasal jeans pun menghasut ker?
tv tigasuku, utusang melayau dan burit harian lagi gila2 menghasut.
tak kira tua tak kira muda!!
apa punya bangang mangkok 13:45 nih!
HIDUP BUNDLE!!!
13:45...
menghasut untuk kebaikan dan perubahan tak apa beb!
Ini kira nasihat berguna!!!
Pertama kali dalam sejarah hidup aku baca sajak dari awal sampai akhir ( siap ulang 3 kali )..
memang COOL bro isham..
Terbaiikk dari TT
Catat Ulasan