Isnin, 5 Januari 2015

ROSMAH MANSOR PM MALAYSIA?







NAJIB PERLU PERJELASKAN KE MANA JET RASMI KERAJAAN SEKARANG

Saya berasa dukacita dengan keadaan banjir yang makin mudarat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Sebagai wakil rakyat dari kawasan Semambu, Pahang yang turut dilanda banjir, saya bersama krew bantuan bertungkus-lumus melaksanakan yang terbaik untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Di samping itu saya juga tertarik dengan cara kepulangan Perdana Menteri Najib dari Hawaii ke Kelantan dua hari lepas. Beliau dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan Jet Kerajaan rasmi (Nama Kapal: 9M-NAA) sebelum kembali untuk meninjau keadaan banjir.

Beliau tidak pulang ke Malaysia dengan Jet yang sama, tetapi dengan Jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Nama Kapal: M53-01). Pada masa yang sama, Jet Kerajaan Rasmi 9M-NAA pula menerbang ke arah bertentangan dan mendarat di Indianapolis, Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) ingin mendapatkan kepastian berikut:

1. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA tidak membawa pulang Najib secara langsung, tetapi perlu menggunakan jet TUDM yang pastinya memperuntukkan lebihan kos?

2. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA berterbang ke arah timur dan mendarat di Indianapolis?

3. Siapakah yang menggunakan jet rasmi kerajaan tersebut?

Sementara semua pihak bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir yang sudahpun mencecah 225 ribu orang, saya rasa Perdana Menteri perlu memberikan penjelasan atas penggunaan jet rasmi kerajaan tersebut bagi meredakan keraguan rakyat.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan 
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat














-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit apek... apa lu mau tanya... lu siapa... apa lu lupa... lu mana datang... najib tuan sini... bukan lu..lu kuli kang sini tau.. jangan banyak tanya apek... najib tuan najib suka buat apa dia punya suka... lu apa mau sibuk... lu sudah judi... lu sudah mabuk... lu sudah bikin harta manyak... lagi tak puas hati kah... lu tengok melayu...najib satu orang naik jet pun lu dengki kah... apa punya komunis cina... kalau tarak tipu bukan cina lol...kah kah kah

underBear berkata...

mai nak tolong habaq.
dia p shopping untuk persediaan anak dia nak kawen laa...
dengar cerita bulan 3 ni...
kurang la 1 bahan lepas ni sham oi...

underBear berkata...

mai nak tolong habaq.
dia p shopping untuk persediaan anak dia nak kawen laa...
dengar cerita bulan 3 ni...
kurang la 1 bahan lepas ni sham oi...

underBear berkata...

mai nak tolong habaq.
dia p shopping untuk persediaan anak dia nak kawen laa...
dengar cerita bulan 3 ni...
kurang la 1 bahan lepas ni sham oi...