Isnin, 18 Mei 2015

PAK SAID ZAHARI




FACE BOOK

"Saya dan Said dari dulu sentiasa side by side" kata Pak Syed Husin Ali pada Pak Said Zahari
"Dulu masa dia wartawan dan saya belajar, saya sempat tinggal dengan dia. Dia ni tua sikit dari saya. Jadi saya anggap dia ni abang. Tongkat(Usman Awang), Ahmad Boestamam semua duduk dekat kawasan sama. Jadi selalu berbincang. Saya kerja dengan dia takde gaji, isteri dia masak sedap. Jadi upah makan pun jadilah. Macamtulah hidup."
Kedua-dua insan dalam gambar ini adalah pejuang rakyat dan pernah dikenakan ISA. Pak Syed Husin selama 6 tahun di Malaysia dan Pak Said Zahari selama 17 tahun di Singapura. Pak Said Zahari, bekas ketua editor Utusan Melayu pada tahun 1950an sebelum ditahan dan ditangkap di bawah akta ISA pada 2 Februari 1963 atas tuduhan menjadi anggota komunis yang aktif di Singapura. Harini Pak Said Zahari menyambut ulang tahunnya yang ke 87. Walaupun mereka sudah di usia emas, tapi kadang2 bila tengok persahabatan mereka macam masih muda masing2. Selamat ulang tahun Pak Said.Semoga Allah sentiasa selamatkan kalian. Salute‪#‎kelabbangsarutama‬ ‪#‎bangsart‬ ‪#‎aktivism‬


---------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Hidup seadanya - itu lah pergorbanan hakiki satu perjuangan.

Seluruh denyut nadi mereka sentiasa menjadi kebencian pihak gila kuasa dan bon bon yg diperalat dan memperalat semata-mata sesuap nasi yg hanya kenyang perut waktu singkat .

Bravoo Pak Said / Pak Syed Hussin - Biarkan yang rakus dan zalim menghina mu ! Seluruh Ujud pasti memuji mu . Seluruh Ujud menghina SiZalim hingga kiamat tanpa disedari Si Zalim .

Didoakan anugerah kesihatan dan rahmah dari Pemilik MahaKuasa Hakiki.

Abu Ali Munthazar !

panglimo potaseh berkata...

Malaysia ni dapat kemerdekaan macam cerita cartoon "Hongkong Phui" Kucing yang buat kerja Anjing dapat nama.

Terbit abad ke 20, Pak Sako, Boestamam, dan geng dah start berjuang dan keluar masuk penjara untuk memerdekakan Tanah Melayu ini.

Pecah perang Dunia Kedua segala Raja, Bangsawan dan Pendekar Melayu dah lari dulu. Tamat perang mereka ini terhegeh-hegeh balik ke Tanah Melayu tumpah darah ku.

Lepas perang Pak Sako, Boestamam, Pak Said terus berjuang, Datuk Onn tumpang sekaki.

Alih-alih bila Merdeka muncul nama Tunku Derahman. Kaum inilah yang memperjuangkan nasib Melayu (kalangan keluarga dan kawan sendiri) sehinggalah terbentuknya Struktur Masyarakat Melayu hari ini.

Melayu yang kaya jadi terlebih kaya yang miskin nasib kamulah dah takdir Allah Taalla. Hidup Melayu dgn menjual kepentingan Melayu pada bangsa lain.