Jumaat, 14 Ogos 2015

TIGA GERAKAN BERSATU








GERAKAN 

ANTI NAJIB

GERAKAN PRO 

MUHYIDDIN

GERAKAN

BANGSA

JOHOR

Akar umbi tak puas hati, cari cara baharu kecam Najib


Ketika perhimpunan Umno akar umbi makin panas, ahli yang tidak berpuas hati dengan  Najib Razak mencuba cara baru mengecam perdana menteri itu, yang ketika ini berjuang melawan cabaran yang paling sukar didepaninya sebagai presiden Umno.

Beberapa ahli di peringkat cawangan, paling rendah dalam hierarki parti, cuba mencadangkan usul untuk mengembalikan semula pemilihan parti yang dijadualkan tahun depan tetapi kini ditangguhkan.
Sekiranya usul itu diterima, kedudukan presiden boleh dicabar dan mungkin dikalahkan, sebelum Umno menyertai pilihan raya umum akan datang pada 2018
Begitu juga, ada yang membentangkan usul mendesak tindakan tegas diambil terhadap Najib dengan harapan inisiatif ini akan dibawa ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur akhir tahun ini.
Di Bahagian Kota Raja misalnya, seorang ahli mengemukakan usul bagi mengadakan semula pemilihan parti tahun depan, kata timbalan ketua bahagian Mohd Hamidi Abu Bakar.
"Bagi saya, usul tersebut itu bagus, cukuplah masa untuk akar umbi menilai ketua bahagian atau pemimpin tertinggi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Usul serupa dibawa dalam mesyuarat bahagian di Batu Sapi, Sabah dan Tenggara, Johor.
Jafar Mustapha, salah seorang ketua cawangan di Bahagian Batu Sapi berkata, usul pemilihan semula diadakan juga dibawa semasa mesyuarat bahagian pada hujung  minggu lalu.
"Pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pusat dan bahagian perlu diteruskan pada tahun hadapan untuk menilai sejauh mana kepercayaan ahli akar umbi dan perwakilan seluruh  Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider.
Jafar berkata keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan tidak lagi relevan dalam keadaan politik parti ketika ini.
Dalam pada itu, usul sama mendesak pemilihan diadakan semula yang dibawa akar umbi bahagian Tenggara ditolak atas alasan teknikal," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh.
Perlembagaan Umno tak benarkan presiden dikecam
Langkah untuk mengecam presiden itu muncul akibat rombakan Kabinet yang dilakukannya, cara beliau mengendalikan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kontroversi RM2.6 bilion sumbangan derma yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.
Pada mesyuarat bahagian Kluang minggu lalu, cawangan Taman Datuk Amar Diraja membentangkan usul supaya parti "bertindak secara agresif terhadap Najib" jika presiden itu tidak menyelesaikan isu yang tersebut di atas.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Mad Jais Sarday percaya akar umbi parti harus dibenarkan menyuarakan pandangan tidak kira berapa lantang sekalipun.
Tetapi pada masa sama, beliau berkata, usul tidak percaya hanya akan memudaratkan parti.
"Kita tidak boleh hendak tahan ahli daripada menyuarakan pandangan mereka... Kalau ada ahli parti yang mempunyai pandangan, saya galakkan mereka menyalurkannya melalui persidangan," katanya.
Beliau juga menafikan kemungkinan Umno Johor akan membawa usul undi tidak percaya kepada Najib pada perhimpunan agung parti hujung tahun ini walaupun ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan pemecatan Muhyiddin, pemimpin paling kanan di negeri itu.
"Sekarang ini tidak (bawa usul undi tidak percaya)... kita hendak selesaikan masalah. Kalau undi tidak percaya ini dibuat, ia akan melemahkan parti," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota itu yang juga exco Pendidikan, Penerangan, Koperasi, dan Pembangunan Usahawan Johor.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akar-umbi-tak-puas-hati-cari-cara-baru-kecam-najib#sthash.r5fqD4ZS.dpuf

KAH KAH KAH
apa sudah jadi
mat mongol sedang diserang
mat mongol sedang diasak
mat mongol sednag ditibai
mana bik mama
senyap tak bersuara
kah kah kah
woit
ni berita baik
ini rakyat mahu
ini pakatan rakyat mahu
lagi lama lagi barah

MAT MONGOL




------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAT MONGOL ADA BON BON

Tak payah nak RISAU sebab BON BON POWER boleh buat Rakyat Pening sudah kan

Kalau MAT MONGOL tu MAT BAHALOL tok sah mimpi jadi macam ini

Rakyat marah marah papa kedana tapi tetap tanggung suka hati hutang Mat Mongol 42 Bilion

Kepala Otak !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kerja mat monggol sorang2 le tuan tt. Dok suruh dia turun buat ape? Maharaja perintah sorang2 ke. Mat monggol kena turun beramai2 beserta saf2 kehormat para mamanda dan panglima serta laksamana sakalianlah, bodo..

Habis sultan macam mana? Tau le rakyat layan dia nanti. He, he, he