Ahad, 15 November 2015

LAGI KESAH TOK AJI BERSHOPPING







BENARKAH LAWATAN TUAN HAJI JAMIL KHIR KE AMERIKA SYARIKAT YANG MENGGUNAKAN DUIT YaPEIM HANYA UNTUK MAJLIS PENUTUPAN SIMPOSIUM PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN?

Semua sedia maklum bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah yayasan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang benar-benar memerlukan termasuk anak yatim dan miskin.
Saya hari ini ingin mengemukakan satu lagi bukti mengenai lawatan Tuan Haji Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat bersama isteri yang dikatakan menggunakan wang YaPEIM yang mana pembiayaan wang YaPEIM tersebut dikatakan turut melibatkan aktiviti main golf beliau dan lawatan rombongan ke Pusat membeli-belah upscale outlet barangan mewah sebanyak 4 hari.
Mengikut kertas cadangan kelulusan program YaPEIM, lawatan Dato’ Seri Jamil Khir adalah bersempena dengan ‘Program Kembara Santun 2014, Simposium Perdana: Perkahwinan, Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara’ yang mana Tuan Haji Jamil Khir dikatakan hanya hadir untuk menyempurnakan Majlis Penutupan sahaja.
Jumlah kos penganjuran program yang diluluskan oleh YaPEIM adalah RM 590,000.00 iaitu lebih tinggi daripada anggaran awal saya sebelum ini sebanyak RM 410, 978. 56 dan kelulusan program kursus ini hanyalah untuk penglibatan 100 orang peserta.
Saya juga mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Tuan Haji Jamil Khir bertarikh 13 November 2015 yang mendesak saya memohon maaf atau berhadapan risiko disaman.
Malangnya, beliau tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang saya kemukakan sebelum ini dan beliau tidak menjawab isu pokok iaitu samada wang YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) telah digunakan untuk membiayai lawatan beliau ke Amerika Syarikat.
Malah dalam kenyataan tersebut, Tuan Haji Jamil Khir turut mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah pergi ke Amerika Syarikat bagi tempoh 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebaliknya, perbezaan fakta antara kertas kelulusan YaPEIM dan invois (yang didedahkan sebelum ini) dengan kenyataan beliau menimbulkan lebih banyak persoalan seperti berikut :-
1.      Mengikut bukti kertas kelulusan YaPEIM, adakah benar perbelanjaan yang diluluskan iaitu RM 590,000 hanyalah untuk pelaksanaan program berbentuk kursus dan langsung tidak menyebut mengenai penglibatan beliau untuk kejohanan Mid West Game dimana wang YaPEIM turut digunakan untuk biayai permainan golf beliau yang beliau cuba pertahankan?
2.      Dalam kenyataan media Tuan Haji  Jamil Khir, beliau turut memberi justifikasi bahawa permainan golf yang beliau sertai adalah dikelolakan secara bersama dengan pihak kedutaan Malaysia di Washington DC. Merujuk kepada bukti invois yang saya kemukakan sebelum ini, sebanyak RM 36,525.90 wang YaPEIM telah dipindahkan ke akaun kedutaan Malaysia di Washington DC. Adakah wang ini ada kena mengena atau tidak dengan penganjuran acara golf yang disertai beliau? Jika tidak, apakah buktinya?
3.      Mengapa Tuan Haji Jamil Khir tidak memberi penjelasan mengenai rombongan beliau menggunakan wang YaPEIM untuk pergi ke Leesburg Corner Premium Outlet iaitu pusat membeli-belah upscale outlet barangan berjenama sebanyak 4 hari?
4.      Apakah rasional penganjuran Simposium Perkahwinan dan Kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta Ringgit Malaysia dengan menggunakan wang YaPEIM sedangkan hanya melibatkan 100 orang peserta? Adakah munasabah kos purata bagi seorang peserta sebanyak RM 5,900 seorang?
5.      Mengikut kertas kelulusan YaPEIM (dibawah perkara 3.0 Cadangan), bayaran RM 590,000 adalah dituntut oleh PEMANGKIN. Adakah benar PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin?

6.      Mengapa Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin ini terlibat dengan penganjuran program Tuan Haji Jamil Khir ke Amerika Syarikat?

Saya percaya rakyat Malaysia terutamanya mereka yang pernah atau masih lagi mencarum atau membuat sumbangan derma kepada YaPEIM berhak untuk mengetahui ke manakah perginya wang sumbangan mereka dan sewajarya Tuan Haji  Jamil Khir menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.
Walaupun YaPEIM adalah sebuah yayasan Islam dibawah tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Islam, saya juga yakin mereka yang membuat sumbangan derma setiap bulan melalui potongan gaji adalah untuk tujuan kegunaan amal jariah dan bukan untuk kegunaan Menteri.
Jika benar-benar lawatan Tuan Haji Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai seorang Menteri, mengapakah perbelanjaan perjalanan tersebut dibiayai melalui YaPEIM sedangkan sebagai seorang Menteri beliau layak menggunakan peruntukan Menteri?
AKMAL NASIR - NOW
14 NOVEMBER 2015

-----------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Belum sempat Pak Aji nak saman .. sebijik lagi kenyataan dakwaan dari Pak Akmal sampai .. tak apa, Pak Aji kan urang ailim .. doa Pak Aji akan diangkat dulu tanpa mengikut giliran .. Pak Aji adalah insan terpilih, doa boleh potong line punya .. lepas ni pi umrah, setel.

Tanpa Nama berkata...

Ala.....mak badak dgn isterinya rembat lagi byk....apa nk heran, kepala dh busuk....seluruh bdn ikan akn busok

Tanpa Nama berkata...

Tengok Muka Alim tapi macam BEWAK jugak

Kepala Otak !!!!!!!

Mesti ada ngentot ngentot try Amerika Style sepasang BEWAK nih....

Ambo pening doh !!!!!