Sabtu, 13 Februari 2016

KENYATAAN RESMI PARTI AMANAH






KRISIS SYRIA

MALAYSIA PERLU 

SEGERA PANGGIL 

OIC 

BERSIDANG

www.amanah.org.my 


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) terpanggil untuk memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru krisis pergolakan di Syria.

2. Arab Saudi, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah membuat keputusan untuk bersama Amerika Syarikat dan 36 negara yang dipimpinnya untuk masuk ke Syria dengan alasan kononnya untuk melawan ISIS.

3. Parti AMANAH mendesak Malaysia memainkan peranan segera melalui OIC atau badan antarabangsa yang lain agar isu Syria diselesaikan melalui meja rundingan. Perkembangan terbaru persepakatan Arab Saudi, Amerika dan rakan sekutunya yang lain untuk masuk ke Syria, memungkinkan pertempuran hebat akan berlaku dan bakal memangsakan rakyat awam terbanyak.

4. Pada masa ini, keadaan di Syria sudah cukup sengsara. Kemusnahan yang berlaku di negara Timur Tengah ini adalah berpunca daripada sikap adu domba, dominasi hemegoni politik Amerika bersama sekutunya Israel dan beberapa negara Arab yang lain, sekaligus membawa negara-negara Arab dan umatnya berada dalam kehancuran. 

5. Parti AMANAH berharap kerajaan Malaysia tidak menyertai atau menyokong mana-mana kumpulan untuk masuk ke Syria bersama dengan Amerika Syarikat. Malaysia perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis lebih lima tahun ini dengan mendesak semua pihak supaya hadir ke meja rundingan. 

6. Dominasi Amerika di Timur Tengah tidak lain hanya bagi menjaga kepentingan mereka terutama sekali menjaga keselamatan Israel. Sebarang tindakan oleh Amerika dan rakan sekutunya untuk masuk ke Syria secara terus tanpa melalui meja rundingan hendaklah dikutuk sekeras-kerasnya.

‎ "Harapan Baru" 

HJ MOHAMAD BIN SABU

Presiden Parti Amanah Negara 
14 Februari 2016‎
04 Jamadil Awwal 1437H‎




-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erdogan meeting with well known Zionist jewish lobby of CoP, AIPAC, AJC, ADL, JINSA on 9th feb 2016 at white palace of erdogan.

They have deceived the muslim ummah for years, and never gathered for Palestine. they make muslims forget Palestine by creating a war in Syria, Iraq, yemen under sectarian speeches.

isn't gaza sunni? aren't Palestinians muslims? or you are the hypocrites mentioned in Qur'an?

you have the power to form a coalition for yemen and Syria. why don't you form such a coalition against killer Israel?

is it because you are the hands of Israel in muslim regions under sunni cloth?