Jumaat, 15 September 2017

NYAHKAN NAJIB SEKARANG!





JIKA NAJIB

TIDAK

DINYAHKAN

DUIT PENCEN

LINGKUP

Labur dana KWSP tidak gambarkan pendekatan positif

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan melaburkan dana hampir RM17 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu Presiden Amerika Syarikat mengukuhkan ekonomi negara itu adalah sesuatu yang tidak dapat difahami.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, J Solomon berkata, komitmen itu tidak menggambarkan pendekatan positif di pihak kerajaan apabila ia mempertaruhkan dana pekerja untuk mengukuhkan ekonomi kuasa besar terutamanya apabila terdapat keperluan untuk mengukuhkan ekonomi negara sendiri, sekurang-kurangnya untuk menjayakan Wawasan 2020.

"Adakah AS sebagai kuasa besar dan ekonomi terbesar di dunia amat memerlukan simpanan persaraan pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi sendiri?

"Kami memandang berat langkah kerajaan Malaysia memberi komitmen untuk melabur AS$4 bilion dari dana KWSP untuk mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam iklim ekonomi global, kita tidak menolak atau mempertikaikan kerajaan memasuki pakatan perdagangan antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, sebelum tindakan sedemikian diambil, kerajaan tidak boleh mengabaikan keutamaannya terhadap rakyatnya sendiri, terutama kebajikan pekerja dan menguruskan wang yang dimiliki pekerja.

Jelasnya,  KWSP adalah milik pekerja dan ia harus dilaburkan untuk meningkatkan kebajikan pekerja agar tidak melabur dalam pasaran ekuiti AS untuk membantu infrastruktur dan pembangunan semula AS.

"Kami telah bercakap dan menulis secara peribadi kepada Najib agar KWSP membayar dividin lebih baik bagi 2016 iaitu dengan membayar kekurangan dividen sebanyak 0.7 peratus KWSP.

"Permintaan ini dibuat kepada Perdana Menteri pada bulan Februari dengan mengambil kira pendapatan tertinggi yang diperolehi KWSP bagi tahun kewangan 2016 sejak kewujudannya dan untuk memastikan dana munasabah terkumpul dalam akaun pekerja individu yang merupakan satu-satunya perlindungan sosial pekerja untuk persaraannya," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum menerima respons kepada permintaan itu.

"Oleh itu adalah kewajipan moral bagi kerajaan untuk mengkaji semula dan menjelaskan kepada kami berkenaan dengan perjanjian ini dengan AS walaupun ia sepatutnya dilakukan sebelum komitmen diberikan kepada Presiden AS," katanya.


HANYA SATU

JAWAPAN

BANGUN  

LAWAN JIKA

TIDAK SEMUA

LINGKUP

------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak akan lawan.
sebab utama?
tarak teloq, dah lama tarak teloq..........

yang bole nampak kantong ajer.....
tapi kosong kat dalam, penoh ayer aje!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Kakakkaa... Rakyat zaman JIBBY ni bodoh.... Tak tahu maksud KWSP... iyo... Itu lulu... KWSP... kumpulan wang simpanan perkerja... Skg... Anak IZACK sudah ubah.... KWSP...SKG maksud dio.... KUMPULKAN WANG SUPPORT PRESIDEN trump.... KHAZANAH toksah citaaa...nama dia pun dah terangkan maksud... Khas untuk Ziana.... kakakakakakak