Ahad, 15 April 2018

DIN AYAM BANGUN MELAWAN







TUAN HAJI

KAKI PUTAR

DIN AYAM

BANGUN MELAWAN




Zaharudin tanya 4 soalan tentang audio ‘Ana Tahu’


Setelah sekian lama membisu ekoran penyebaran audio yang didakwa milik suara AJK Pas Pusat, Tuan Haji Nik Mohamad Abduh , menantu Presiden Pas, Tuan Haji Zaharudin Mohamad yang dikaitkan juga dalam isu ini mula memberikan reaksinya.

Tanpa mengesah atau menafikan kesahihan audio itu, Tuan Haji Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya empat soalan kepada penyebarnya.

“Kena tanya penyebar tu jika betul rakaman tu, maka di mana ia berlaku?” soal  Tuan Haji Zaharudin.

Audio itu dikatakan dirakam ketika  Tuan Haji Zaharudin dan rakan-rakannya bertemu Tuan Haji  Nik Abduh bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu Pas menerima duit Umno.

Dalam reaksi kali ini juga, Tuan Haji Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya, “Bila?” pertamuan itu diadakan dan “Siapa yang hadir?

Beliau juga bertanya, “Mana suara saya?” selepas dikatakan beliau hadir ke majlis pertemuan sehingga terhasilnya audio itu.

Tuan Haji Zaharudin memberikan respon kepada tulisan Asoka San yang menulis, “Kini diorang mainkan isu rakaman audio ustaz Tuan Haji Nik Abduh dikatakan dan keluar result awal…katanya memang sah suara Tuan Haji Nik Abduh..moga kita tetap kekal istiqamah.”

Dalam audio itu, Tuan Haji Nik Abduh dikatakan mengaku beliau sendiri menerima duit dari Umno.

Bukan setakat Setiausaha Politik Presiden Pas, Tuan Haji Ahmad Shamsuri Mokhtar sahaja yang menerima RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak, tetapi kebanyakan pemimpin dalam Pas, termasuk Presiden Pas,  Tuan Haji  Abdul Hadi Awang  juga menerima duit dari Umno.

Namun hampir kesemua pemimpin Pas menafikannya dengan menganggap audio itu bukan suara Tuan Haji Nik Abduh melainkan AJK Pas Pusat Tuan Haji  Azman Ibrahim yang mendakwa Umno mengkhianati Pas selepas memberi duit kepada Pas.

DIN AYAM

MENANTU 

EDI WANG

MARAH KERNA

NIK ABODOH

TAK KONGSI

DEDAK

KAH KAH KAH



----------------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awak tu level menantu laa tuan haji din. awak jgn nak samakan diri awak dgn anak kandung tok guru. lagipun awak tak kenal mana2 org CIA.

so, tuan haji din sila dok diam diam deh atau kalau awak rajin, pi laa pujuk sepupu sepapat awak yg nak bertanding lawan abah mertua awak tu, suruh dia tarik diri. baru laa ada sumbangan pada parti dan boleh laa dapat share dedak.

ermmm..jenis menantu tak sedar diri.

Tanpa Nama berkata...

Yg penting suara nik bduh dan apa yg dia cakap. Tokeh ayam menantu presideng skrg tertekan dan terpaksa alih perhatian krn ahli pas dah mula persoal. Istiqamah apa? Istiqamah berbohong. Makin hari makin ramai lebai berbohong. Astaghfirullah.....

Tanpa Nama berkata...

jangan Din Ayam pecah tembelang kerana tak dapat dedak....keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Ana Tahu..kebanyakan pemimpin Pas, termasuk Presiden Pas, Tuan Haji Abdul Hadi Awang juga menerima duit dari Umno.....

Tuhan tu mahal kuasa... Hamba syaitan akan dikalahkan.

Pakatan Rakyat Berpecah atas Eddy Pas dibayar ambil pitih haram memihak Umnobn.

Umno Berpecah atas Tun PPBM bergabung dlm PH tanpa apa apa bayaran!

Tanpa Nama berkata...

Akhirat nanti semua saksi yang tak bernyawa pun bolih bercakap. " KO BELI AKU DENGAN HARGA YG MAHAL, BILA TAK HABIS KO TINGGAL AKU GITU JER YE?" Durian musang king akan menjadi saksi betapa mewah hidup nik Abduh. Mkn musang king ditempat jualan ditepi jln area bentong. Musang king rm50 lbh sekilo. Makan tak habis tinggal terus yg dh dibayar. Tauke balak pun tak buat gitu. Mewah betul dan bergaya orang kaya. Beli borong mkn sikit dan yg tak habis tinggal. Kira sedekah. Nanti di akhirat di hari perhitungan maka musang king mengesahkan nik abduh betul2 byk duit mengalahkan tauke balak.Itu jer. Duit dari mana musang king tak tahu. Keh keh keh keh Sdp mkn durian free musang king lak tu..KITA ORANG MKN SAMPAI KENYANG.. ALHAMDULILLAH. Nk beli tak mampu. Doakan nik abduh pnjang umur..

Tanpa Nama berkata...

Ana Tahu... Pas menang bungkus kali ni lahh.. Tugas 3-pencuri Tongkat Lanun harus laksana.. Lanun menang Ana selamat..Ana Tak Kisah pon sebab melayu bodoh bangang.. Ana dan Rakan2 dah kaya kaya dahh.. Tarak perlu kerja lagi dahh..

mamat berkata...

level cap ayam betul pas ni..orang bagi dedak yang khianat lepas bagi duit ?????. macam mana tu ?