Selasa, 1 Oktober 2019

BERITA GUMBIRA











SABOTAJ

Umno Tanjung Piai tolak MCA, mahu ketua bahagian bertanding PRK

AHLI Umno Tanjung Piai mahu MCA menyerahkan kerusi Parlimen kawasan itu untuk ditandingi oleh ketua bahagian mereka Jefridin Atan pada pilihan raya kecil tidak lama lagi, kata sumber parti.

Mereka merasakan Jefridin dan Umno lebih berpeluang, berbanding MCA, untuk merampas kerusi yang terlepas kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2018.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, semua 88 pemimpin cawangan sebulat suara setuju supaya Umno menuntut kerusi yang ditandingi oleh MCA dalam pilihan raya umum lalu.

“Kalau semua ketua cawangan sudah desak supaya Umno yang bertanding, siapa lagi calon yang layak kalau bukan ketua bahagian. Pemimpin atasan kena pandang serius perkara ini sebab inilah jentera yang akan menggerakkan kempen nanti.

“Kalau calon lain diletakkan, atau MCA yang bertanding, kemungkinan untuk berlakunya sabotaj seperti sebelum ini sangat tinggi.


GUMBIRA

IALAH MELIHAT

KEM MUSUH 

BERGADUH

SAMA SENDIRI
KAH KAH KAH


----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO mahu tanding? Senang sahaja. Beli kerusi dari MCA! Mereka boleh kow tim. Mesti berjaya. Jangan buat bising lah. Malau ..abang oi...

Tanpa Nama berkata...

Padan muka Umno...

herman adnan berkata...

Kem musuh gaduh sama sendiri konon.. kem Tun M pun dah kena sailang oleh LKS dan DSAI buat tak tau pulak ko ni jang... tinggal salahudin ayub duk sekor sekor kumat kamit ngan oghe pontian..