Selasa, 1 Oktober 2019

TAKUT APA BOSS KU







NASIB BAIK

ADA LAT KOYA

BERSIH NEGARA

Bekas CEO SSM dan anak didakwa rasuah esok, kata SPRM

BEKAS ketua pegawai eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner dan anaknya Abdulazeez Wan Ruslan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok, berhubung beberapa kes rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata agensi itu sudah mendapat izin mendakwa daripada peguam negara untuk menuduh mereka di mahkamah.

“Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes rasuah.

“Mereka juga telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 2 petang tadi bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut,” kata agensi anti rasuah itu.

Zahrah tamat kontrak perkhidmatan sebagai CEO SSM pada 1 Julai lalu.

Pada Januari lalu, SPRM melakukan siri serbuan di Lembah Klang dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Sarawak bagi menyiasat pemberian projek Sistem Laporan Perniagaan Malaysia bernilai RM500 juta secara langsung kepada syarikat Formis Network Services Sdn Bhd.

Siasatan khusus di Sarawak adalah berhubung perolehan dan pembelian bangunan pejabat bernilai RM30 juta di negeri itu.

Setakat ini juga, jejak kes rasuah, kronisme dan pengubahan wang haram itu membawa SPRM ke lebih 10 buah pejabat, serta gudang, bengkel dan kediaman individu yang dikaitkan dengan kes.

Siasatan ke atas SSM yang bermula awal Januari lalu digerakkan susulan gesaan sebuah pertubuhan masyarakat yang menyenaraikan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pelaksanaan projek berimpak tinggi di agensi itu.

Memorandum itu mendakwa beberapa projek SSM diberikan kepada individu dan syarikat yang sama.

Memorandum itu turut menyenaraikan maklumat yang sebelumnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat, yang mendedahkan dakwaan kelemahan SSM pada November tahun lalu. – 1 Oktober, 2019


APA TAKUT

BOSS KU

TAK SALAH

TAKUT APA
KAH KAH KAH

------------

Tiada ulasan: