JANTAN
BETINA
RASUAH
Bekas CEO SSM dituduh 33 dakwaan rasuah RM5.66 juta
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.66 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Anaknya Abdulazeez Wan Ruslan juga minta dibicarakan atas empat dakwaan rasuah melibatkan RM160,000.
Zahrah yang memakai jilbab hitam muncul di kandang tertuduh bersama anak lelakinya berpakaian baju lengan panjang berwarna hitam.
Kedua-duanya kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan tuduhan ke atas mereka yang mengambil masa setengah jam.
Zahrah yang kontraknya bersama SSM berakhir Julai lalu diwakili oleh Hamidi Mohd Noh manakala timbalan pendakwa raya Allan Summan Pillai mengetuai pendakwaan.
Hakim Azura Alwi menetapkan penguruskan kes pada 26 November.
Azura membenarkan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin untuk Zahrah dan RM70,000 dengan seorang penjamin untuk Abdulazeez.
Pada Januari lalu, SPRM melakukan siri serbuan di Lembah Klang dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Sarawak bagi menyiasat pemberian projek Sistem Laporan Perniagaan Malaysia bernilai RM500 juta secara langsung kepada syarikat Formis Network Services Sdn Bhd.
Siasatan khusus di Sarawak adalah berhubung perolehan dan pembelian bangunan pejabat bernilai RM30 juta di negeri itu.
Setakat ini juga, jejak kes rasuah, kronisme dan pengubahan wang haram itu membawa SPRM ke lebih 10 buah pejabat, serta gudang, bengkel dan kediaman individu yang dikaitkan dengan kes.
Siasatan ke atas SSM yang bermula awal Januari lalu digerakkan susulan gesaan sebuah pertubuhan masyarakat yang menyenaraikan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pelaksanaan projek berimpak tinggi di agensi itu.
Memorandum itu mendakwa beberapa projek SSM diberikan kepada individu dan syarikat yang sama.
Memorandum itu turut menyenaraikan maklumat yang sebelumnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat, yang mendedahkan dakwaan kelemahan SSM pada November tahun lalu. – 2 Oktober, 2019.
TENKUI
LATKOYA
-------
2 ulasan:
Yes tengkiu lat koya... tapi apa jadi ex menteri.. ex tim menteri.. ketua bahagian umno.. setpol2.. .. depa mesti tak pernah makan rasuah... siap ada join pati bunga.. parti adil... KAH 33x...
Setakat najib zahid kunan jaaa.. apa cerita... kah 33x
Tangan hayun buaian nak goncang dunia?
Goncang batang pun belum camner nak hayun buaian.
Catat Ulasan