Rabu, 2 Oktober 2019

KENAPA BERUCAP DI C.F.R TIDAK DI SENAWANG





KENAPA BERUCAP DI C. F. R

 TIDAK DI SENAWANG

Minggu lalu Mahathir di New York untuk hadir di Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA ( United Nation General Assembly)  ke 74. Untuk saya  UNGA 74 ini kira okaylah tak ada apa yang istemewa.  Orang Belgium kata – rien de special - Tak ada yang menakjubkan.  

Bukan saperti UNGA   pada 13 November 1974. Ini  apabila Yasser Arafat pemimpin gerila PLO - Pembebasan  Palestin - datang ke New York untuk berucap di UNGA ke 29.  Abu Ammar nama dalam gerakan gerila  datang dengan terselit sepucuk pistol dipianggang  dan setangkai pohon zaiton.  Zaiton tanda  keamanan dan pistol tanda perjuangan bersenjata.  PLO  tidak ada negara  ketika itu tapi telah dijemput datang. Pada tarikh ini  UNGA memberikan status pemerhati kepada PLO. 

Satu dunia heboh. Heboh. Heboh. Heboh.  Saya yang tidak ada tv mencari tv untuk  menumpang  tengok  Abu Ammar berucap.  Ini kejayaan  kemuncak PLO.

Dalam UNGA ke 74 ini Mahathir terus menimbulkan pakara  VETO. Kuasa  pemutus atau menghalang dari lima ahli negara kuasa besar  - Amerika, United Kingdom, China, Peranchis dan Rusia  - keatas anggota lain ahli PBB.  Sayugia diingatkan bahawa pekara veto ini   bukan kali pertama  diucapkan oleh Mahathir   di PBB. 

Veto ini pada pandangan Mahathir yang mewakili Malaysia adalah  hegemoni kuasa besar yang boleh membuli negara kecil. Justeru  Mahathir mahu dinilai kembali sistem veto ini. Khalas.

Kalau menimbulkan hal veto  di PBB  tidak istemewa  apa dia yang istemewa Mahathir berucap di CFR?

Para pembaca Budiman yang  istemewa kali ini bukan ucapan  Mahathir di UNGA , bukan hal veto, bukan hal orang pelarian Rohingya atau pedatang haram. Bukan bukan bukan. 

Kalau semua bukan apa yang istemewa ?

Yang istemewa di New York pada September lalu ialah temu bual Mahathir di Council of Foreign Relation (CFR).  

Ciss. Betul ke pekara ini ? Atau hanya lebong kering. Bukankah pada tahun lalu di New York ketika  dipersidangan PBB ke 73 Mahathir telah juga ditemui bual oleh CFR.  

Betul lagi tepat. Memang saheh Mahathir tahun lalu telah ditemu bual of CFR.

Kalau tahun lalu sudah ada maka  semua ini macam ulang tayang. Kalau ulang tayang tak  ada yang istemewa. Bosan bosan bosan.
Bro, sabar dulu. Orang Pakitan kata – sabar karo.

Tulisan ini ada satu pencerahan untuk memahami mengapa Hishamuddin Rais  menganggap temubual Mahathir  di CFR pada  26 September 2009 adalah yang paling teristemewa dalam sejarah politik Malaysia di luar negara. Hampir-hampir sama macam Tunku sampai ke London pada 18 Januari hinnga 16 Febuari 1956. Tiga minggu berbincang ajenda   Tanah Melayu Merdeka.
Justeru tulisan ini akan menganalisa  tanda dan makna  yang dibawa oleh CFR. Hishamuddin Rais akan menerangkan   apa itu Council of Foreign Relation.  Amin.

Organisasi CFR ini beribu pejabat di New York. Organisasi  ini ditubuhkan pada tahun 1921. Atau lebih tepat lagi ianya satu Lembaga. Ini bukan lembaga mencari untung – ini lembaga  non profit organization. Lembaga ini menjadi gedung pemikir – gudang fikrah.

Gedung pemikir CFR ini ada sadikit  persamaan dengan Baitul Hikmah yang wujud di kurun ke 8 di Baghdad yang dibina oleh Khalifah Harun Aminul Rashid.  

Sama saperti Baitul Hikmah para inteletual dan para pemikir telah berkumpul , dipungut, diberi dana, disokong  dari pelbagai negara  untuk menulis, menterjemah dan mengeluarkan padangan. 

Baitul Hikmah berasaskan  pandangan akal fikrah  manusia  pada ketika itu untuk kesejahteraan umat manusia yang merujuk kepada al-Quran. Malah Quran itu sendiri dibedah. Manakala di CFR yang menjadi asas punca fikrah ialah sistem ekonomi kapitalis yang wujud disekelilig kita pada ketika ini. Bukan pembedahan sistem kapitalisma.

Lembaga CFR bergerak secara terbuka dan secara rahsia.  

Sesudah Perang Dunia Ke2 – CFR telah  menjemput pemikir, intelektual, peguam,  ahli perniagaan, pemilik media, wartawan terkemuka untuk memberi cadangan kepada  Presiden  Harry S. Truman di Rumah Puteh.

Dari CFR muncul  ajenda European Recovery Program – atau lebih dikenali dengan nama Marshall Plan. Amerika menyediakan dana 18 bilion dolar – nilai tahun 2019 ialah 100 bilion dolar. Dana ini diberi kepada negara Eropah  Barat untuk bangun semula satelah hancur dalam perang. Ketika ini Eropah telah terpecah dua – Eropah Kapitalis – Eropah Sosialis.

Tidak cukup dengan ini CFR juga mecadangkan dibentuk perjanjian persenjataan  dinegara-negara Eropah untuk melawan musuh baru  -  negara sosialis yang dipimpin oleh Soviet Rusia. Perjanjian ketenteraan ini dipanggil NATO- North Atlantic  Treaty Organisation. NATO masih wujud hingga hari ini.

Dari konsep NATO muncul SEATO – South East Asia Treat Organisation untuk Asia Tenggara. Untuk Timur Tengah muncul CENTO atau Baghdad Pact. Semua ini adalah hasil fikrah CFR.

Jelas CFR adalam Lembaga kanan – menyokong kapitalis. Lembaga ini anti gerakan pembebasan. CFR anti sistem ekonomi yang adil untuk umat manusia. Justeru anti sosialis. 

Alaaamak… ini sejarah. Apa  garamnya dengan Mahathir berucap dalam bangunan CFR? Sabar karo.

Lembaga CFR ini juga menerbitkan dua bulan sekali majalah The Foreign Affairs. Inilah satu-satunya majalah yang paling berpengaruh dalam dunia. Setiap perpustakaan yang ada hormat diri akan melanggan majalah ini. Jabatan kerajaan terutama jabatan luar negara wajib membaca dan mengkaji apa isi Foreign Affairs. Hanya politikus jenis Lokman Adam sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah membaca  majalah Foreign Affairs.

Apa hebatnyn majalah ini?

Apa yang mucul dalam majalah ini adalah dasar luar Amerika. Juga tulisan-tulisan dan pandangan ini akan menjadi dasar Amerika.

The Grand Chessboard oleh Zbigniew Brezezinki diulas dalam majalah Foreign Affairs. Kini menjadi dasar pertahan geopolitik Amerika pasca Tembok Berlin. Buku ini mencadang dasar dan stratiji Amerika yang sedang  berhadapan dengan Rusia. Sosok ini ada ahli CFR yang juga  penasehat kepada  President Johnson dan kemudia menjadi Penasehat Pertahanan Presiden Carter. Amin.

Buku  – The End of History (1992) oleh Francis Fukuyama  bermula dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. The Clash of Civilisation (1996) buku garapan Samuel Huntinton bermula juga dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. Dua sosok ini adalah ahli CFR.

Alaaa… apa terernya buku-buku ini? Apa yang intemewanya?  Mahathir bukan membedah buku di CFR?

Betul temubual Mahathir bukan tentang buku. Tapi buku-buku tulisan ahli CFR ini mencadang dan mengajukan dasar luar untuk Amerika.  Cadangan dari tulisan ini menjadi dasar dan   pandangan Amerika kepada dunia luar. 
Spesial sangat ke buku-buku ini ?  Jawabnya senang sahaja. Kalau tak nak jadi Lokman  Adam sila beli, cari, pinjam dan  baca.

Apa lagi hebatnya CFR ini?

Sesudah perang dunia kedua ahli-ahli terpilh CFR telah mengumpulkan para pemikir  untuk merangka stratiji jangka pajang dasar Amerika. Kumpulan ini bersidang secara rahsia. Dari kumpulan ini muncul cadangan diwujudkan  Central Inteligence Agency – CIA . Ini untuk menggantikan Office of Strategic Service – OSS.

CIA muncul dibawah Presiden Trumann pada 18 September 1947.

CIA lembaga jentera rahsia Amerika bertugas untuk mengawal dunia. Menjaga kepentingan Amerika. CIA membuat jaringan bawah tanah, membina sokongan  sulit, merekrut  ajen baru, merekrut simpatisan, mempengaruhi dasar negara asing dan memastikan kapitalisma selamat.

Itu sahaja ? Ada lagi. CIA juga merancang siapa naik dan siapa turun – siapa jadi Perdana Menteri  atau Presiden dalam negara mana dalam dunia ini. CIA merancang rampasan kuasa menjatuhkan Sukarno di Jakarta  ( 1965) dan Allende di Chile (1974).  Siapa wajib Amerika disokong dan siapa wajib dijatuhkan semua diatur oleh CIA.  CIA merancang untuk kepentingan dunia kapitalis.

Pekara CIA ini saya amat yakin S.Husin Ali tahu bebenar. Sebelum PRU13 S.Hamid ali bekas pemimpin pelajar Univdersiti Malaya. S. Hamid yang juga adik kepada Syed Husin adalah juga  bekas gerila pembebasan Parti Komunis Malaya. Satelah berdamai Syed Hamid telah aktif membantu rakyat dengan  gerakan NGO bernama Insani di Batu Pahat . Syed Hamid menjadi ahli PKR dan bertugkus lumus membina sokongan warga Batu Pahat kepada parti.

Tup tup apabila PRU13 sampai nama Syed Hamid  telah digugurkan. Syed Hamid frus menonggeng. Kecewa bagai nak rak. Bila saya temui abangnnya Syed Husin tentang hal ini dia  berkata:
‘ Geng jeneral askar dalam PKR dan  jaringan CIA … yang halang  Meed..’

Lihat betapa jauhnya pengaruh CIA megikut analisa Syed Husin. Hinggakan siapa jadi calon PKR pun CIA mahu masuk campur. Khalas.

Woit… Hishamuddin Rais… janji nak beritahu apa yang teristemewanya Mahathir berucapa di CFR.

Opps… saya hampir terlupa. Di Amerika Serekat  selain dari CFR ada  satu lagi organisasi bukan kerajaan  yang amat amat berpengaruh. Namanya ialah  AIPAC – American Israel Public Affairs Committee.  Sesiapa yang hendak menjadi Presiden Amerika akan menyembah  AIPAC.  Tanpa sokonagn CFR dan AIPAC  mustahil ada sosok yang akan  berjaya menjadi Presiden Amerika.

Setiap bakal Presiden Amerika akan ditemu bual oleh CFR dan AIPC. Jangan salah cakap. Jika salah cakap masa depan politik akan lungkup.

Satelah saya terangankan sejarah dan peranan CFR maka saya harap kita bukan lagi Lokman Adam untuk gagal memahami makna dan tanda CFR. Untuk memperkukuhkan lagi surah saya tentang peranan CFR ini biar  saya surahkan satu lagi babak.

Ini babak PNAC – Project  for the New American Century. PNAC ini  adalah juga Ngo yang mencadangkan dasar luar Amerika. Ahli-ahli PNAC  adalah juga ahli CFR.  Antara nama yang dikenali dunia ialah Donald Rumsfeld – Menteri Pertahan Amerika. Dick Cheney Naib Presiden George  W Bush. Dan Paul Wolfowitz duta Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan juga  Dekan yang mengajar di John Hopkin Universiti. 

Kumpulam PNAC inilah yang berjaya meyakinkan Presiden Bush untuk menyerang Iraq.

Siapa Paul WolfowitZ ini? Namanya macam pernah dengar. Betul. Paul Wolfowitz ini ialah kawan baik Anwar Ibrahim. Penyokong setia Anwar di Amerika.  Apa sangkut pautnya  antara   Mahathir ditemu bual di CFR dengan Paul Wofowitz dan Anwar Ibrahim?

Inilah yang teristemewa . Ini induk berita. Inilah daging burger. Inilah caviar. Inilah yang special   untuk ucapan Mahathir di CFR dan bukan di Senawang. Mahathir berucap dihadapan kaum kanan Amerika. Mahathir berucap dihadapan ajen-ajen CIA, simpatisan CIA  dan jaringan CIA.

Tapi lebih penting Mahathir mangatakan bahawa dia akan terus menjadi PM sehingga  PRU15. Yang ini Syed Husin Ali amat faham. Maka Syed Husin jadi panas baran.

Dalam temubual ini Mahathir tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai pengganti.

Mahathir hanya berkata ’ …..I will step down.. and give to another candidate…’   Yang ini kita semua wajib faham faham.

Sabenarnya temubual di CFR ialah jawapan Mahathir kepada temu bual Anwar Ibrahim dengan  Bloomberg pada 17 September lalu. Mahathir secara stratijik telah berucap  dihadapan kelab penyokong Anwar. Kawan baik Anwar Saudara Paul Wolfowitz tidak hadir, Saudara  Al Gore pun tak nampak muka. Tapi saya yakin semua ucapan Mahathir ini telah sampai kepada Saudara Paul. Dan telah juga sampai kepada  Saudara Anwar dan jaringan yang lain. Amin.  (TT)













---------

Tiada ulasan: