Ahad, 22 Mac 2020

HANTAR KE HOSPITAL TANJUNG RAMBUTAN







HANTAR MUNKEE

KOREK TAHIK

HIDUNG

KE HOSPITAL

TANJUNG

RAMBUTAN


29 jururawat lebih baik dari seorang Adham Baba, kata pengguna Twitter


MENTERI Kesihatan Dr Adham Baba terus menerima kecaman hari ini atas kenyataannya yang menyaran rawatan Covid-19 menggunakan air suam.

Kenyataan ketika rancangan bual bicara disiarkan stesen TV kerajaan itu antara lain menyarankan rakyat Malaysia minum air suam supaya virus penyebab Covid-19 masuk ke perut dan dibunuh asid.

Ia dikecam pelbagai pihak yang antara lain mendedahkan ia bertentangan dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa air suam tidak membantu menghalang Covid-19.

Kalangan pengguna media sosial antara lain menggesa ahli Parlimen Tenggara dari Umno itu diharamkan dari membuat kenyataan mengenai krisis Covid-19 dihadapi negara.

“Adham Baba sepatutnya diharamkan dari memberi wawancara ketika masalah Covid-19 ini berlangsung. (Kenyataan beliau) boleh disalahfaham oleh orang ramai,” kata Ulya Husamudin.

Ada juga pengguna yang membandingkan gaji diterima menteri dengan mutu seperti Adham dengan gaji diterima petugas barisan hadapan yang menangani pesakit Covid-19.

“Dengan mengambil kira gaji bulanan (RM29,400) dan elaun bulanan (RM25,000), ganjaran tunai yang dibawa pulang seorang menteri setiap bulan RM54,400.

“Adakah Adham Baba sama nilai dengan 29 orang jururawat?” kata Nathaniel Tan yang berkata gaji purata seorang jururawat sekitar RM1,800 sebulan.

Ia dijawab seorang lagi pengguna Noraishah Mydin Abd Aziz yang berkata seorang jururawat lebih baik berbanding seorang Adham Baba.

“Tidak, nilai Adham Baba tidak sama dengan 29 orang jururawat. Lebih baik ada seorang jururawat daripada 29 Adham Baba,” katanya.

Pengguna lain pula menganggap Adham sebagai penyebar berita palsu dan berbahaya kerana boleh meragut nyawa rakyat.

“Aku tak akan kongsi (kenyataan) Adham Baba. Orang ini (sebar) berita palsu,” kata seorang lagi pengguna Twitter dengan nama @zhukl.

Selain itu timbul juga saranan agar Adham digantikan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang dilihat lebih berwibawa menangani krisis tersebut.

“Selagi kita ada KP Noor Hisham Abdullah, saya percaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) ditadbir dengan baik,” kata pengguna Twitter dengan nama @ASN94.

Adham Baba juga pada Khamis membayangkan kadar jangkitan semakin menurun apabila hanya 110 kes baharu direkodkan pada hari tersebut.

Semalam, kadar jangkitan naik semula dengan 130 kes baharu. Tiga orang maut setakat ini akibat Covid-19, dua daripada daripada kluster jemaah tabligh Sri Petaling.

Lelaki tersebut itu awalnya dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi pada hari sama.

Bagaimanapun majoriti kes baharu itu tidak dikaitkan dengan kluster Sri Petaling kerana hanya 48 kes baharu yang dikesan dari kluster tersebut, daripada keseluruhan 130 kes baharu.

Dua kematian awal direkodkan hari Selasa. Mangsa pertama seorang pastor yang dikaitkan dengan kluster jangkitan dari sebuah gereja di Kuching dan meninggal dunia di Hospital Besar Sarawak.

Mangsa kedua merupakan peserta perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau mula demam pada 5 Mac dan dimasukkan ke Hospital Permai pada 12 Mac.

Mangsa seterusnya meninggal dunia di ICU Hospital Sultanah Aminah.

Setakat hari ini seramai 624 orang yang menghadiri perhimpunan tabligh itu diuji positif Covid-19.

Seramai 16,000 orang menghadiri acara tiga hari itu pada 27 Februari, dan seramai 14,500 daripada warga tempatan.

Seramai 1,030 orang disahkan positif Covid-19 sehingga semalam.  – 21 Mac, 2020.


KURANTIN 

MUNKEE INI

DISANA

ANAK SEMUA

BANGSA

BANGSA SEMUA

AGAMA  AKAN

MERASA LEBIH

SELAMAT

KHALAS





6 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Amat Maslan kambing hitam GST
barang turun harga era hentam BN...
Maszlee Malik kambing hitam kasut hitam era hentam PH...
Adham Baba kambing hitam air suam covid19 era hentam PN...

Masing²telah berjasa pada kejatuhan PM masing²?

Quantum Metal Consultant berkata...

3 Abdul tu semua bangsa Johor.

Amier The Hero berkata...

Pasal dia ni, aku rasa la TT.. better lagi Ketua Pengarah KKM Dr. Noor Hisham di angkat jadi Menteri Kesihatan lepas ni. Aku tgk dia cool je, cara dia explain pun terang lagi jelas. Erkkk DR Adham Baba tu aku rasa elok dia jd pengamal perubatan biasa je. So terpulang la pd kebijakkan para pesakit dia utk menilai saranan yg diberi.. wakakakakaka.. dan Dr Zul - tak payah la, suruh Francisca Peter je yg angkat dia jd menteri kesihatan. Aku tak setuju, nnt makin parah penagih rokok jadinya.

Tanpa Nama berkata...

habis tu siapa yg layak jadi menteri kesihatan? zuraida? azmin? tian chua? baru bian? tolong la cadangkan pada PM baru kau mat sembab tu, sakai. asyik nak kondem jer kerja kau siang malam. memang jenis sakai tak habis belajar. itu jer lah kerja kau, kondem sana sini.

Tanpa Nama berkata...

kepada PM;

dalam waktu gawat ini sampai ke hujung tahun depan, cukup saorang Ketua Pengarah Kesihatan yang bercakap beri ulasan.
jawatan menteri kesihatan boleh dihapus sementara waktu. jimat duit bayar gaji elaun itu ini.
dah boleh jimat rm1juta lebih.

duit lebih yang ada boleh beli topeng muka, beri makan kepada petugas barisan hadapan, uncle untie cleaner wad yang penat bersihkan itu ini, staff sokongan di hospital dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

Walauapapun respek kat Frontline kita..x Kira drp mana badan berkanun..tabik spring kat staff KKM yg terlibat secara langsung dgn pesakit2 covid 19..dah la bergadai nyawa..kerja x tentu waktu..ade yg d khabarkan 24 jam x berenti2..kita pun blm tentu lg sekental mereka..apepun tabik hormat kat dorg ni..pasal menteri tu x apa la..mungkin baru blaja pasal virus ni..lama2 paham la tu kan..x kan la hari ni kahwin ....esk da dapat ank..hahahaha mcm pernah dgr je ayat gampang ni bro tt...