Jumaat, 13 Mac 2020

MAKIN MERABAK







MAKIN MERABAK


3 kes Covid-19 dikesan di Sarawak

SARAWAK mencatatkan tiga kes positif Covid-19, jangkitan pertama bagi negeri itu selepas menjejaki mereka yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata dua dari kes itu adalah mereka yang menghadiri perhimpunan berkenaan dari 27 Februari hingga 1 Mac.

Kes ketiga pula melibatkan ahli keluarga. 

“Kami merayu kepada semua yang menghadiri perhimpunan itu dan berada di Sarawak untuk segera menghubungi hospital terdekat untuk pemeriksaan Covid-19,” kata jawatankuasa berkenaan.


AWAS

MARI KITA

BERJAGA JAGA

==========

Tiada ulasan: