Jumaat, 13 Mac 2020

VIRUS CARONA MAKIN MEREBAK






AWAS

VIRUS MAKIN

MERABAK



Perlis ganti solat Jumaat dengan Zohor hari ini, umum Maips

RAJA Perlis memerintahkan solat Jumaat di negeri itu pada hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing, bagi mengelakkan perhimpunan skala besar yang boleh mendatangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Masjid di Singapura ditutup, tiada solat Jumaat esok, kata majlis agama



UMAT Islam di Singapura tidak akan mendirikan solat Jumaat esok selepas pihak berkuasa agama di republik itu mengarahkan semua 70 masjid ditutup selama lima hari mulai esok sehingga Selasa, selepas dua jemaah tabligh rakyatnya disahkan dijangkiti Covid-19.

Ahli lembaga bebas Suruhanjaya Sekuriti positif Covid-19

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SSM) semalam mengesahkan seorang ahli lembaga bebas suruhanjaya itu positif COVID-19.

Menurut kenyataan SSM, individu itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Covid-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen ke-92

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) hari ini memutuskan untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-92 yang dijadual berlangsung mulai 24 Mac hingga 16 April depan, di semua kampus seluruh negara

173 peserta tabligh buat saringan Covid-19 di klinik Tawau

SERAMAI 173 orang dari Tawau yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lepas, tampil mendapatkan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tawau sehingga 5 petang tadi.




----------

Tiada ulasan: