Rabu, 13 Mei 2020

INI AMARAN AWAL


AWAS

INI AMARAN

AWAL

PKP kembali jika jangkitan Covid-19 meningkat, kata KP Kesihatan 

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikembalikan sekiranya nilai R-naught (R0) atau kebolehjangkitan Covid-19 yang kini pada 0.3, meningkat lebih daripada 1.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, R0, atau jumlah jangkitan daripada satu kes indeks, berada pada tahap 3.5 pada permulaan PKP. 

“R0 berjaya dikurangkan kepada 0.3, yang mana ia berikutan langkah positif oleh kerajaan.

“Bagaimanapun, sekiranya rakyat tidak patuh atau enggan mematuhi garis panduan, maka R0 akan meningkat,” katanya pada sidang media harian situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.

R0 digunakan untuk mengukur kebolehjangkitan wabak yang mana ia menyasarkan untuk mencapai bawah 1.

R0 4 contohnya, bermakna seseorang individu yang dijangkiti Covid-19 boleh menyebabkan empat individu lain dijangkiti virus itu.

Dr Noor Hisham berkata R0 boleh dikurangkan sekiranya rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Sekiranya semua orang, termasuk peniaga, majikan, pekerja dan orang awam mematuhi SOP PKP yang ditetapkan kerajaan, maka R0 akan terus turun dan wabak Covid-19 akan berakhir.” – 13 Mei, 2020.


PADA KETIKA

INI DUNIA

MASIH BELUM

TAHU WATAK

KOBID YANG

TERUS BERUBAH

JAGA JAGA 

1 ulasan:

Awanama berkata...

Ya sila sambung lagi PKP. Boleh la PM selamatkan tengkuk dari undi tak percaya madey tu. Covid19 ni mmg ada manfaat utk PN. Takbir! semoga covid19 terus merasuk hingga pru15, boleh la makan elaun glc dan gaji menteri lebih sikit. Kahkahkah