Khamis, 7 Mei 2020

MERAKAM SEJARAH DI BRICKFEILD










MERAKAM 

SEJARAH

BRICKFEILD
Petang kelmarin  6/5/2020 
pada jam 6.15 gua panggil grab. Gua nak pergi ke Brickfeild.
gua sudah tidak keluar rumah lebih dari
satu bulan.  Tidak melintasi pintu pagar depan Le Chateau. Gua hanya  keluar pintu kecil  ke Kwantung dua kali sehari.

Pemandu grab lelaki muda Tionghua dari Cheras. Baru bermula memandu satelah PKPB  dan gua pelanggan pertama.

Gua sampai ke  restoran  semua kosong.
Masuk pintu  takada orang
tetiba  datang lelaki bertopeng minta gua
isi borang. Nama, number kad pengenalan dan no talipon. Kemudian suhu badan diambil.Untuk rakaman sejarah  gua ambil
gambar data ini.

SUHU GUA 
Pada hari  kedua PKPB
ialah 36.7
Masuk ke restoran.  Hanya
 kawan gua sorang menunggu
restoran kosong. Kerusi  meja
disusun jarak jauh.

Kawan gua telah memesan makanan
Gua hanya bersetuju. Waktu berbuka belum masuk lagi. Kami masih menunggu sorang lagi kawan yang berjanji nak bersama.

Gua minta aiar suam, buah kurma dan pisang saperti kebiasaan gua. Pisang tak ada lalu diganti dengan air tembikai. Gua minta kueh Melayu jika ada. Semua yang diminta sampai.
Tetiba masuk lelaki tua disorong
kerusi road. Isteri bersama. Anak menolak kerusi roda.Mereka duduk disebelah meja kami. Gua merasa takut.

Dalam restoran akhirnya ada enam meja. Jumlah pelaggan 12 orang. Seorang lelaki
makan bersendirian.

Lima minit sabelum berbuka kawan yang dinanti sampai.  

Ikan yang kami pesan tak ada. Lalu diganti dengan ikan patin. Kami ada sayur kailan  taufo  daging goreng bersama nasi  goreng. Bunyinya enak tapi  patin gagal. Tak ada rasa patin. Kawan gua yang lambat datang beri komen kegagalan patin.

 Gua tahu sebabnya kerana restoran ini baru dibuka kelmarin. Maka patin ini pasti dah terperam lebih satu bulan dalam peti air batu. 

Nasi goreng dan patin tak habis
maka gua tapau bawa pulang.
Amin

Jam 9 kami diminta keluar.  Kawan gua nak hantar gua pulang. Ini peluang nak melihat Brickfeild jam 9 malam.
Kosong kosong kosong.
Old Town Cafe tutup. Jalan Thamby Pillay kosong. Gua nampak kedai 7/11 bercahaya
Tak ada sesiapa  dijalan. Nampaknya ramai masih takut untuk keluar.
Jam 9.45 gua sampai ke pintu hadapa Le Chateau. Gua rasa selamat. Bila lagi agaknya gua akan ke Brickfeild nak makan kedai Tom Yam yang gua selalu langgani.
 Amin


Tiada ulasan: