Sabtu, 16 Mei 2020

PENYAMUN TERLEPAS



BAHAYA

ANAK LANUN

LEPAS LARI


SPRM masih berbohong tentang Riza Aziz, kata Tommy Thomas

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus berbohong dengan mendakwa Tommy Thomas merupakan sebahagian perjanjian yang menyaksikan Riza Aziz dilepaskan tanpa bebas daripada dakwaan pengubahan wang haram, kata bekas Peguam Negara itu.

Thomas berkata walaupun beliau telah membetulkan kenyataan media SPRM pada 14 Mei lalu menerusi media, tetapi agensi antirasuah itu masih berpegang dengan kenyataan pertama mereka.

“Ini amat mengejutkan kerana SPRM meneruskan pembohongan selepas kebenaran ditunjukkan kepada mereka.

“SPRM sebenarnya tahu bahawa perenggan terakhir kenyataan media (yang pertama) menyebut ‘perjanjian antara pihak pendakwaan dengan tertuduh dipersetujui bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas’ adalah tidak benar,” kata Thomas dalam satu kenyataan.

Thomas meletak jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Beliau berkata adalah tidak adil mengaitkan beliau dengan keputusan dalam kes melepaskan Riza.

Riza dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 14 Mei selepas didakwa atas kes pengubahan wang haram

Anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu dilepas daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Thomas berkata ia merupakan keputusannya untuk mendakwa Riza pada 5 Julai tahun lalu.

“Ini bertentangan dengan kredibiliti bahawa jika dakwaan mereka (SPRM) mempunyai asas fakta, ini bermaksud bahawa saya mengambil keputusan untuk menggugurkan pendakwaan terhadap Riza pada atau sebelum 28 Februari, tetapi keputusan saya hanya dilaksanakan di mahkamah dua setengah bulan selepas itu.” – 10 Mei, 2020.

APAKAH 

EMAK AYAH

AKAN LEPAS

 JUGA

JIKA LEPAS 

MAKA MUHYDDIN

AKAN JATUH

DALAM MASA 

TERDEKAT

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah najib tu penasihat umno. Umno tu sedang dipujuk oleh malikul sembab. Mesti la umno pau malikul sembab. Kau jgn buat2 terkejut pulak nanti kalau najib dan rosmah pulak yg terlepas. Kahkahkah padan muka.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah Muafakat Nasional akan menang besar pada PRU ke 15...Aminnnn!!!

Tanpa Nama berkata...

tt, kalau najib rosmah dibebaskan, kau kata malikul sembab akan jatuh. betul ke? kalau malikul sembab jatuh sapa yg akan ganti jadi PM? adakah jemin semburit? kalau jemin, adakah umno dan pas akan setuju? adakah ni bermakna BN dan pas akan berkuasa? kalau pas dan umno berkuasa kau rasa najib dah rosmah bebas ke, tak? takkan nak buat pru15 kot? awal lagi laa. puak menteri dan geng perut gendut pengerusi glc belum puas makan elaun laa. halalkan jerlah najib dan rosmah tu, maafkan jer lah dua ekor tu. takkan nak harapkan ph tadbir malaysia lagi? ph bahaya, nanti silap2 pak sheikh yg jadi PM, mesti kau tak suka, kan? alaa kira halal jer lah.

zaharuddin ahmad berkata...

Negara dah tunggang terbalik..jabatan perundangan..mahkamah..pendakwaraya..hakim..polis.macc dan lain-lain dah berbalik kepada amalan dulu..bertuankan parti politic..rakyat dah muak..dah bosan .. keputusan pendakwaan terhadap penyamun-penyamun yang lain juga dijangka akan sama .. lain kali ..dengan izin allah.. kalau kita dapat betulkan balik .. pilihlah orang yang betul-betul bolih buat kerja..tak kira bangsa..dan agama..tempatkan orang yang berkelayakan ..bukan ijazah dan kelayakan doktor terbang..hapuskan little nepoleon dalam jabatan kerajaan /GLC dan lain-lain...yang dah jadi kerajaan tu..buat kerja demi kepentingan rakyat dan negara.. bukan berpolitic. bercakaran..cantas-mencantas.. lihat apa yang terhasil sekarang..semuanya berpunca dari kamu .. mana reformasi..?? Yang ada cuma semburit bertukar tuan.. kamu dilantik jadi Adun..jadi wakil kepada rakyat.. apa jadi sekarang..??