Selasa, 30 Jun 2020

TIAN CHUA AMARAN SAJE







WAT DE BEKUS

TIAN KENA

AMARAN SAJE

KAH KAH KAH

ADAKAH 

RAFIZI TAKUT

KAH KAH KAH

SAIFUDDIN TAKUT

KAH KAH KAH

ATAU

PEMIMPIN ISLAM

TAKUT  KERANA

TIAN AKAN

BUKA HIKAYAT

MACAM MACAM

CERITA

KAH KAH KAH

Tian Chua kena amaran, 5 yang lain dipecat

NAIB Presiden PKR Tian Chua diberikan amaran sementara lima yang lain, termasuk ketua sayap wanita dilucutkan keahlian, kata parti itu hari ini dalam satu kenyataan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kassim berkata mereka yang dilucutkan keahlian ialah Ketua Wanita PKR Haniza Talha, Ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria dan dua Adun Pulau Pinang, Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim.

Haniza dan Afif sebelum ini digantung keahlian parti.

Tindakan yang dikenakan terhadap pemimpin parti itu dipercayai berhubung kaitan mereka dengan bekas timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali yang kini bersama kerajaan pemerintah Perikatan Nasional.

Ahmad berkata keputusan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam mesyuarat bulanan semalam dan mempersetujui syor dikemukakan Lembaga Disiplin.

Sementara itu, dua lagi pemimpin parti yang turut dilepaskan dan hanya dikenakan amaran ialah Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang Carolyn Khor dan Adun Machap Jaya Ginie Lim.

 Seorang lag ahli Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian susulan terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua pada 1 Mac, 2020.

Bekas ahli Parlimen Batu itu dibaling botol air dan turut ditampar dalam insiden di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tian Chua dituduh tidak berpihak kepada presiden Anwar Ibrahim ketika berlaku konflik dengan Azmin.

PKR gempar dengan tindakan Azmin keluar parti bersama bekas naib presiden Zuraida Kamarudin dan sembilan lagi ahli Parlimen.

Tindakan itu, bersama Bersatu yang keluar Pakatan Harapan menyebabkan kerajaan pakatan itu runtuh pada hujung Februari.

Susulan itu, dua Adun PKR keluar parti awal bulan ini. Mereka diketahui setia kepada Azmin.

Adun Sementa Dr Daroyah Alwi, yang sebelum ini timbalan ketua Wanita, meletak jawatan daripada parti pada 13 Jun, diikuti Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, yang juga exco Pulau Pinang, pada 24 Jun.

Bulan lalu, PKR memecat 348 ahlinya dan menggantung keahlian 285 yang lain.

Pemimpin akar umbi yang dipecat ialah naib ketua pemuda Mohd Nazree Mohd Yunus, ketua penerangan wanita Syarul Ema Abu  Samah, Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, Adun Lintang See Chee How dan setiausaha PKR Sarawak Vernon Albert Kedit. – 29 Jun, 2020.


TIAN SEKARANG

KULU KILIR

BAWA CERITA

ORANG BUNTING

KAH KAH KAH

OPPS...

SORI MAAF SILAP

KESAH ORANG 

BERGUNTING

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: