Selasa, 28 Julai 2020

LEPAS NAJIB ZAHID PULAK



LEPAS SATU

SATU  LAGI

PEMIMPIN

GEROMBOLAN

DI BAWA

KE MAHKAMAH



Zahid minta saksi urus kemasukan duit ke akaun Yayasan Akalbudi

PENGURUP wang Omar Ali Abdullah, individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang bekas timbalan perdana menteri itu meminta pertolongannya menguruskan kemasukan wang tunai iaitu sumbangan kebajikan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi.

Omar Ali, 48, berkata Zahid juga ada memberitahunya kesemua penyumbang yang akan menghubunginya datang dari Yayasan Al Bukhari (YALB).

“Saya tidak pernah bertanya (Zahid) kenapa (berbuat demikian) dan hanya mengikut sahaja arahannya. Tertuduh (Zahid) beritahu saya wang tunai itu semua sumbangan bagi tujuan kebajikan dan jika saya membantunya untuk tukarkan wang tunai tersebut kepada cek, saya juga akan mendapat ganjaran pahala kebaikan hasil dari pertolongan saya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada hari ke-26 perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Zahid.

Saksi pendakwaan ke-81 itu yang tidak mengetahui mengapa dia dipilih untuk berbuat demikian berkata Zahid memintanya mengambil wang tunai tersebut daripada penyumbang itu dan menukarkannya dalam bentuk cek untuk dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi. 

Omar yang mengenali Zahid sejak berusia awal 20-an berkata beberapa lelaki daripada YALB akan menghubunginya dan berjumpa di beberapa lokasi antaranya di tingkat aras bawah Plaza Fahrenheit, lobi Hotel Marriot dan lobi Hotel Grand Millennium.

“Saya menerima panggilan pertama daripada seorang lelaki tidak dikenali yang ingin berjumpa di aras bawah Plaza Fahrenheit dan lelaki tersebut memberikan duit dalam bagasi. 

“Kami tidak berbual dan bertanya apa-apa, setelah mengambil beg tersebut saya terus pergi ke kereta saya dan terus pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, saya membuka beg tersebut dan mengira duit di dalamnya,” katanya dan memaklumkan kemungkinan duit itu berjumlah lingkungan setengah juta.

Beliau yang merupakan pemilik syarikat Marhaba Enterprise Sdn Bhd, menjalankan perkhidmatan tukaran wang asing sejak 2003, berkata setiap kali menerima wang tersebut beliau akan segera menukarkannya kepada cek untuk dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi seperti arahan Zahid. 

“Setelah menerima wang tunai dari lelaki tidak dikenali itu, tertuduh akan menghubungi saya melalui telefon dan sering meminta saya segera menukarkan wang tunai yang diterima itu kepada cek untuk dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi.

“Kebiasaannya saya akan mengambil masa antara satu atau dua minggu bagi menukarkan wang tunai itu kepada cek untuk dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi.

“Apabila selesai menukarkan semua wang tunai kepada cek, saya akan serahkan semua slip bank yang mengesahkan cek sudah dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi kepada tertuduh di rumahnya,” katanya.

Saksi itu berkata semasa beliau berada di rumah Zahid sekitar awal 2016 untuk menyerahkan slip bank, tertuduh mengarahkannya supaya memasukkan wang tunai yang ditukar kepada cek ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

“Saya tidak bertanya tertuduh mengapa wang tunai diterima oleh saya perlu ditukarkan kepada cek dan mengapa cek yang saya terima hasil daripada tukaran wang tunai tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi tetapi ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co.

“Selepas itu, saya dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan ingin berjumpa dengan saya untuk serahkan wang tunai sama seperti sebelum ini,” katanya dan menambah dia kemudiannya menerima wang berkenaan daripada lelaki tersebut.

Mengikut pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram ke-27, Zahid didakwa mengarahkan Omar untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM6,885,300.20 membabitkan 30 keping cek yang kemudian diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang merupakan hasil aktiviti haram.

Zahid, 67, berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan lapan pertuduhan rasuah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama, 27 Julai, 2020.


APAKAH 

MUHYIDDIN 

DAPAT

BERTAHAN?

AMIN

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kalau Bini Badak kono tak kan Zahid Totok buleh lopeh ..mustahil ..lopeh tu Teuku ..