Selasa, 28 Julai 2020

HARI AKHIR SAEKOR NAJIB




 KHALAS

Najib dihukum

penjara 12 tahun, 

denda RM210 juta


 Mahkamah sambung bersidang.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib berserta denda RM210 juta atas pertuduhan salah guna kuasa.

“Saya telah menimbang semua faktor bagi pengurangan hukuman serta mengambil kira kepentingan awam dan kepentingan tertuduh,” katanya.

Bagi tuduhan salah guna kuasa, Nazlan menjatuhkan Najib hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Hakim itu menambah lima tahun sebagai ganti kegagalan membayar denda. 

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan jenayah pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram. Semua hukuman penjara berjalan serentak. 

Tiada denda bagi tuduhan pengubahan wang haram.

5.35pm: “Saya ingin rujuk kepada sepanjang tempoh sebagai perdana menteri negara berkembang maju dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat,” kata Najib kepada mahkamah.

“Juga ketika kita berjaya mengekalkan lonjakan saham paling lama. Ditutup pada 1,900 mata di BSKL.

“Semasa tempoh tersebut, saya melihat banyak pembangunan infrastruktur di seluruh negara, termasuk pengangkutan dan perumahan awam dalma skala yang besar.

“Saya juga memastikan setiap masyarakat di negara ini mendapat manfaat, misalnya petani, pekebun kecil, nelayan dan penjawat awam. Mereka menerima manfaat daripada program yang menjana pendapatan mereka.”

Akta Keselamatan Dalam Negeri juga dimansuhkan semasa beliau jadi perdana menteri, dan patut diberi penghargaan yang secukupnya, kata Najib.

“Saya juga mengemukakan cadangan untuk menerapkan sistem yang lebih telus bagi sumbangan politik dan cadangan itu memerlukan sokongan dari pembangkang. Tetapi pembangkang pada masa itu tidak setuju, jadi cadangan tersebut tidak berjaya.

“Oleh itu Yang Arif, secara ringkasnya saya ingin katakan, sebagai orang Islam wallahi wabillahi watallahi, saya tidak meminta RM42 juta, mahupun ditawarkan RM42 juta, dan tiada bukti atau saksi menyatakan demikian. Saya ingin katakan bahawa saya tidak tahu menahu mengenai RM42 juta itu.”

Nazlan mengarahkan mahkamah berhenti rehat 15 minit sebelum menjatuh hukuman.


MALAM INI

TIDO DIMANA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib boleh makan dan tidur free di sungai buloh! untung najib! kah! kah! kah! baju pun dapat free! kah! kah! kah!