Selasa, 28 Julai 2020

TERKINI TER NOWW TER HOTT








AWAS

 Pendakwaan mahu hukuman Najib jadi pengajaran


 Shafee berkata Najib mahu berucap kepada mahkamah.

“Anak guam saya ingin kataan sesuatu.”

5.25pm: Pendakwa Sithambaram gulung hujah.

Beliau berkata mahkamah harus menjatuhkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda RM210 juta, iaitu lima kali ganda jumlah RM42 juta yang diubah, bagi kesalahan salah guna kuasa.

4.54pm: Sithambaram memberi contoh kes kerajaan India lawan Ketua Menteri Tamil Nadu J Jayalalithaa yang didapati bersalah kerana rasuah.

4.39pm: Sithambaram merujuk kes bekas MB Selangor Khir Toyo yang disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah. Menurutnya, hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan ke atas Khir pada 2011 disifatkan Hakim Mahkamah Tinggi Wira Mohtarudin Baki wajar untuk memastikan penjawat awam berjawatan tinggi tidak menyalahgunakan kedudukan mereka. 

4.21pm: Sithambaram berkata hukuman mestilah menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi jenayah yang sama.

4.15pm: Sithambaram berhujah bahawa selepas bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada 2016 membersihkan Najib dari salah laku, bekas perdana menteri itu tidak bertindak untuk mendapatkan semula RM42 bilion.

“Kes ini mencemarkan imej negara, menjadikan negara kleptokrasi.”

Sithambaram berkata belum pernah dalam sejarah perdana menteri dan menteri kewangan di Malaysia didapati bersalah.

Katanya, hukuman yang dijatuhkan ke atas penjawat awam seperti pegawai polis dan exco kerajaan negeri tidak sepadan dengan Najib.

4.13pm: “Rasuah berleluasa di negara ini, dan mesti ditolak supaya Malaysia muncul sebagai negara kelas pertama. Hukuman dan dan pencegahan mesti jadi keutamaan (penting),” kata Sithambaram. 

“Sebagaimana kelakuan mereka yang berjawatan tinggi begitu jugalah yang berada di bawah. Sebarang toleransi akan membawa bencana kepada masyarakat.

“Hukuman haruslah terburuk yang dapat dibayangkan, dan kes ini adalah seumpamanya,” katanya Sithambaram, dambil menambah tiada pemulangan RM42 juta tersebut.

4.10pm: Mahkamah sambung bersidang.

Sithambaram berkata hukuman ini harus jadi pengajaran bahawa tiada siapa pun boleh terlepas dari undang-undang.

Pendakwaan berhujah bahawa Najib gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan menggesa hukuman ke atasnya akan menjadi amaran kepada mereka yang memegang jawatan paling tinggi seperti Najib.

3.39pm: Shafee berhujah bahawa 45% daripada RM42 juta dibelanjakan untuk kegunaan politik, untuk biayai program kebajikan, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan program amal.

Katanya, tidak sampai 1% digunakan untuk kos ubah suai rumah Najib dan transaksi kad kredit. Dan ini merupakan kes rasuah pertama di mana tertuduh disabitkan bersalah kerana membelanjakan hanya sedikit wang untuk kegunaan sendiri.

Shafee menegaskan bahawa Najib memulangkan AS$620 juta (RM2.6 bilion) daripada AS$681 juta yang diterimanya.

Shafee beritahu mahkamah Najib akan kemuka pernyataan kepada mahkamah selepas pendakwaan membalas hujah mitigasi pembelaan.



4.50 petang - Timbalan pendakwa raya, V Sithambaram berhujah semasa pendengaran mitigasi bahawa jika tidak kerana pihak media, jenayah yang mensabitkan Najib Razak mungkin tidak dapat dikesan.

Beliau berpendapat bahawa terdapat lapisan yang kompleks mengenai bagaimana RM42 juta itu dipindahkan ke akaun bank tertuduh.

"Kesalahan (pengubahan wang haram ini) hanya boleh berlaku kerana peranan dan kedudukan tertuduh sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

"Jika jenayah ini tidak didedahkan oleh media, jenayah ini mungkin tidak pernah dapat dikesan," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO akan ambil semula kerusi Mersing - 09 Jul 2020. Ni semua salah Zaheed. Kalau bagi kerusi Mersing tu pasti Najeeb terlepas. Harga sebuah kerusi.