Selasa, 8 Disember 2020

BERI MAKLUMAT RASUAH - MAHKAMAH BEBASKAN

 


BERI MAKLUMAT

RASUAH

TAPI MAHKAMAH

BEBASKAN

TENGKU FRAUD

AMIN



Hanya 0.01% penjawat awam berani lapor rasuah, kata SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah dalam jabatan dan agensi masing-masing.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata angka tersebut masih rendah dalam usaha sifar rasuah dalam perkhidmatan awam dapat direalisasikan.

Beliau berkata walaupun insentif disediakan kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah namun data suruhanjaya itu menunjukkan hanya 343 penjawat awam tampil memberi maklumat antara 2012 hingga tahun lepas.

“Penjawat awam perlu faham apabila ditawarkan (rasuah), itu adalah kesalahan dan perlu dilaporkan dan tindakan boleh diambil…ini akan menyebabkan mereka yang berurusan dengan penjawat awam tidak berani untuk mendapatkan keistimewaan dan kelulusan tanpa peraturan atau prosedur sewajarnya.

“Ini yang mahu kita jadikan budaya dalam penjawat awam iaitu melaporkan jika ada berlaku kes rasuah sekali gus membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di pejabat SPRM di Putrajaya baru-baru ini.

Shamshun Baharin berkata inisiatif berkenaan selari dengan surat dikeluarkan pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 2011 bertajuk ‘Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’ .

Surat itu  menyatakan penjawat awam yang melaporkan kes rasuah akan menerima jumlah insentif yang sama dengan jumlah rasuah yang ditawarkan.

Shamsun Baharin berkata SPRM mengagihkan kira-kira RM600,000 sebagai insentif kepada 343 penjawat awam kerana melaporkan gejala rasuah kepada suruhanjaya itu, sehingga akhir tahun lepas.

Jelasnya, adalah menjadi kesalahan jika tidak melaporkan kes rasuah dan boleh dikenakan mengikut Seksyen 25 Akta SRPM 2009 yang berdepan dengan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata kes pertama yang membabitkan Seksyen 25 itu adalah kes melibatkan lima kakitangan Kementerian Kewangan yang didenda RM1,500 dan RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 Disember lepas atas pertuduhan gagal melaporkan kesalahan sogokan kepada SPRM sejak dua tahun lalu.

“Gagal melaporkan juga turut dikenakan tindakan kerana ada undang-undang tersebut dan ini sebagai membuka mata kepada penjawat awam dan orang ramai untuk lebih sensitif serta tampil melaporkan kes rasuah yang berlaku di persekitaran mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, organisasi perlu memainkan peranan iaitu memberi sokongan dan perlindungan kepada kakitangan atau pegawai yang melaporkan kes rasuah supaya budaya bebas rasuah ini dapat diamalkan di semua peringkat.

SPRM memberi jaminan maklumat pemberi laporan tidak akan didedahkan malah keselamatan mereka juga akan diutamakan selari dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009, katanya. – Bernama, 8 Disember, 2020.

DAH BANYAK LAPOR

TAK JADI APA

KAH KAH KAH

BAIK TUTUP MATA

BUAT DEEK

KAH KAH KAH

SILAP LAPOR 

KENA TIBAI

KAH KAH KAH 

KALAU SENYAP

SILAP SILAP

HARI RAYA

DAPAT DUIT

RAYA

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sprm pon sama manusia jugak, teringin jugak pakai kondo vellfite nak tidok hotel mewah, ketat sendat di Bali, last last buat lupa, maklumat apa perlu lagi ??? Yang masuk lokap keluar TV senyap menyap sahaja kah kah sudah kow tim kah ???

Tanpa Nama berkata...

KALAU SENYAP
SILAP SILAP
HARI RAYA
DAPAT DUIT
RAYA

ya memang itu lah jalan yang mudah. buat senyap boleh dapat duit lebih selamat cover bos cepat pula naik pangkat. bila balik kampung boleh megah konon dia kerja kerajaan gaji pangkat besar.
lama kelamaan kenyang selesa dengan duit haram anak pun membesar dengan salah asohan tak jadi orang.