Selasa, 8 Disember 2020

EKONOMI UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN

 



SEBAB EKONOMI

GAGAL MAKA

UNDI TAK CAYA

KAH KAH KAH

INI HANYA

MENGOLAH

PERSETUJUAN

MACAM PAS

GUNA AGAMA

AMIN

SATU DUNIA

EKONOMI GAGAL

BUKAN KERANA

MUHYIDDIN

TAPI KERANA

SERANGAN KOBID

AMIN


Pakatan gesa usul tidak percaya terhadap PM

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch Ratings.

Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata ia percaya sangat penting mempercepatkan usul tersebut dan membenarkannya dibentangkan semasa sidang Dewan Rakyat ketika ini bagi menghentikan spekulasi mengenai ketidakstabilan politik dan mengembalikan keyakinan terhadap pemerintahan.

“Ini adalah tamparan besar kepada kerajaan, terutama menteri kewangan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam perancangan polisi dan pemerintahan, susulan ketidakstabilan politik yang berlaku sejak perubahan kerajaan pada Mac,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat hari ini.

Majlis berkata ia menunjukkan langkah diambil oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak berkesan untuk memacu keyakinan walaupun kesan penuh penurunan penarafan terhadap ekonomi masih belum dapat dilihat.

Kenyataan itu berkata Muhyiddin harus mempromosikan ketelusan dan pemerintahan yang baik dengan melakukan tender terbuka serta melantik profesional, bukannya ahli politik bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

“Malangnya, ini tidak berlaku di bawah pentadbiran sekarang,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamed Sabu.

Fitch menurunkan penarafan lalai penerbit mata wang asing jangka panjang Malaysia (IDR) menjadi “BBB +” dari “A-” berikutan ketidakpastian politik yang berterusan dan kesan besar Covid-19 terhadap ekonomi.

Firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia daripada “A-” kepada “BBB+” berikutan ketidakstabilan politik dan impak pandemik Covid-19 terhadap ekonomi.

Agensi penarafan kredit itu berkata krisis Covid-19 melemahkan beberapa metrik kredit utama Malaysia.

“Pihak berkuasa bertindak balas terhadap krisis dengan segera, dengan langkah bantuan material untuk individu dan perniagaan yang terjejas. Walaupun begitu, kesannya terhadap ekonomi Malaysia sangat besar, dan menambah beban fiskal Malaysia, yang sudah tinggi berbanding dengan negara setara lain yang mengalami krisis kesihatan,” katanya dalam catatan minggu lalu. – 7 Disember, 2020.

MALAYSIA

HURU HARA

APA PUNCA?

AMIN

PUNCANYA

KERANA ANWAR

GILA NAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

HINGGA RUNTUH

PAKATAN HARAPAN

AMIN

GUAN ENG DAN

MAT SABU 

KENA TIPU OLEH

ANWAR IBRAHIM

AMIN

TERANGKAN PEKARA

INI PADA PENYOKONG

PADA AHLI PARTI

KEPADA RAKYAT

AMIN

JANGAN 

PUTAR PUTAR

KHALAS



3 ulasan:

Unknown berkata...

Y

Tanpa Nama berkata...

Tepat! Malaysia huru-hara kerana Anwar Ibrahim gila kuasa, buat kacau! Nak selesai kemelut negara, rembat Anwar balik ke Sungai Buluh, atau buang negeri ke Finland. Pasti negara aman lepas tu.

Tanpa Nama berkata...

Rate itu bunga. Turun bunga maksud kurang bunga boleh beri. Kurang juga orang asing bermodal melambakkan wang disini untuk dipinjam dan dikutip bunganya. Kenapa? Kurang membeli. Adat melayu,adat cina,adat India,adat orang asal berjimat cermat. Pokok pisang 100 peratus guna. Datang kobit semua warga balik sikap nenek moyang. Yang menanam,yang bertukang,yang guna balik,yang menukar. Jahanam ekonomi begini. Rating jatuh baik sebenarnya TT. Yang berkereta,berumah murah bulanannya. Ekonomi balik asal.