TAK PERLU
BANYAK CAKAP
AMIN
SUSUN ATUR
APA LANGAH
WAJIB DIAMBIL
AMINA
Bebas Tengku Adnan perbuatan khianat, kata tokoh wartawan negara
Tindakan membebaskan tanpa dilepaskan bekas Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor disifatkan sebagai perbuatan khianat juga.
“Ini pun perbuatan khianat juga kerana banyak duit negara (bersamaan duit rakyat jelata) dan tenaga kakitangan awam habis siasat dan tuduh ketua Umno ini.
“Banyak masa Hakim dan kakitangan mahkamah habis bagi membicarakan beliau.
“Tiba-tiba Pejabat Peguam Negara tarik balik kes,” tulis tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.
Katanya, Peguam Negara yang baru ini (Idrus bin Azizan Harun), adalah lantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Lepas itu adik dia, Azhar (Datuk Azhar Harun), dilatik pula jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apa berlaku kepada kes pengakuan taukeh hartanah yang telah membuat pengakuan memberikan rasuah kepada Tengku Adnan dan dikenakan denda RM1.5 juta.
“Apa hal dengan pengakuan mahkamah oleh tauke Tan Boon Eng September lalu yang dia bagi rasuah RM1 juta kepada Adnan?
“Mahkamah denda dia RM1.5 juta atas kesalahan itu,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.
Kelmarin, hakim Mahkamah Ting berkata, Pendakwa Rakyat tarik balik tuduhan pasal ada perkembangan baru.
“Kita nak tahu juga apa perkembangan itu.
” Kena bagi tahu. Kalau tidak orang ramai mungkin sangka ada kena mengena dengan kerajaan tebuk atap yang terumbang-ambing sekarang,” kata beliau.
2 ulasan:
Aku dah kata semua ahli politik sama haramjadah..Rakyat dah xblh nak serah leher kita pd semua melaon ni.PRU15 masa rakyat bertindak.Mari kita semua humban mereka dlm longkang..
Sebab ini lah rasuah manyak, kata melayu kata islang tapi semua sudah tahu, semua ini wayang belaka, tak jadi apa apa, kena tangkap masuk mahkamah bertahun, sampai lupa, kan semua mudah lupa, kes raba, kes bontoti, ingat, rasuah curi lupa lupa, ada curi cari makan masuk terus curi kekayaan tangguh, kah kab kab Italian job lah kah kab
Catat Ulasan