Isnin, 4 Januari 2021

RABU INI PENENTUAN

 


RABU INI

HARI PENENTUAN

KAH KAH KAH

Hampir semua 

bahagian Umno Kelantan

 tolak Bersatu

HAMPIR semua bahagian Umno Kelantan yang bermesyuarat hujung minggu lalu meluluskan usul untuk mendesak parti memutuskan kerjasama dengan Bersatu, lapor Sinar Harian.

Laporan yang memetik kenyataan Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlaan Yaakon itu menyebut, 12 daripada kesemua 14 bahagian Umno negeri mengemukakan usul berkenaan.

Jazlan berkata selain itu mereka juga sepakat mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku pertama tahun ini bagi menyerahkan mandat kepada rakyat.

“Kami juga mencadangkan agar semua kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Umno pada PRU14 perlu dikekalkan dan ditandingi oleh Umno pada PRU15 nanti,” katanya.

Selain itu, bahagian berkenaan juga mengemukakan usul untuk menarik sokongan ke atas kerajaan jika PRU15 tidak dilakukan dalam masa terdekat.

Bahagian tersebut juga mengemukakan usul mencadangkan mengkaji semula kerjasama Umno dengan PAS kerana parti rakan itu tidak mengutamakan hubungan dalam Muafakat Nasional (MN).

Sebanyak 13 daripada 14 bahagian Umno melangsungkan mesyuarat serentak pada Ahad. Ia tidak melibatkan bahagian Tanah Merah yang kini digantung.

Bahagian Ketereh pula dilaporkan mengemukakan usul berbeza.

Bahagian Gua Musang, antara 12 bahagian yang menuntut memutuskan kerjasama dengan Bersatu juga meluluskan usul untuk kekal bertanding di dengan jumlah dan kerusi sama seperti PRU14.

Bahagian yang diketuai veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah itu juga mahu pergerakan itu diberi kuasa memilih dan menentukan calon PRU15. – 4 Januari, 2021.

MUHYIDIN

TERSEPIT ?

KAH KAH KAH

PASTI ADA 

JALAN KELUAR

KAH KAH KAH

TEMBOK BOLEH

DI PECAH

AMIN



Tiada ulasan: