Isnin, 4 Januari 2021

TAKTIK UMNO

 


TAKTIK 

GEROMBOLAN

SELAMATKAN

TIM MAHKAMAH

DARI MASUK  PENJARA

AMIN

BAGAIMANA CARA?

AMIN

MENANG PRU15

BATAL SEMUA KES

KHALAS



PRU suku pertama 2021 atau tinggalkan Perikatan, kata Umno Gua Musang

PILIHAN raya umum mesti diadakan pada suku pertama tahun ini dan jika gagal, ahli Parlimen Umno perlu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional, kata Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang.

Bahagian yang diketuai oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah membuat ketetapan berkenaan dan lain-lain termasuk untuk menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu pada mesyuarat tahunannya semalam.

“(Kami) menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu berdasarkan suara akar umbi ahli-ahli peringkat Cawangan.

“Kami mencadangkan supaya PRU diadakan dalam Suku Pertama 2021, bagi menyerahkan mandat kepada rakyat dan sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, maka Ahli Parlimen Umno mestilah menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional,” katanya. 

Bahagian Gua Musang juga meminta untuk mengkaji semula hubungan Umno dengan PAS sekiranya kedua-dua pihak gagal mengutamakan kerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).

Semasa Umno dan PAS bersama-sama di MN, Umno menolak untuk bergabung dalam gabungan PN dengan PAS dan Bersatu.

Umno sebelum ini berkata bahawa sokongannya kepada PN hanya untuk penyertaan dalam kerajaan.

Bahagian Gua Musang juga mahu Umno bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan Negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 (dalam tahun 2018) yang lepas.

Semua bahagian Umno perlu diberi kuasa penuh untuk memilih calon pilihan raya mereka sendiri untuk PRU15, tambahnya.

Bahagian itu juga berkata bahawa ketetapan ini diusulkan kerana kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk telah menafikan Hak-Hak dan Suara Umno dan BN dalam kerajaan hari ini.

Mereka juga mengetahui bahawa persoalan yang Umno hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti.

Bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat tahunan mereka pada hujung minggu lalu, menjelang mesyuarat agung tahunan peringkat nasional yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini.

Bahagian Gua Musang juga meminta untuk mengkaji semula hubungan Umno dengan PAS sekiranya kedua-dua pihak gagal mengutamakan kerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).

Semasa Umno dan PAS bersama-sama di MN, Umno menolak untuk bergabung dalam gabungan PN dengan PAS dan Bersatu.

Umno sebelum ini berkata bahawa sokongannya kepada PN hanya untuk penyertaan dalam kerajaan.

Bahagian Gua Musang juga mahu Umno bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan Negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 (dalam tahun 2018) yang lepas.

Semua bahagian Umno perlu diberi kuasa penuh untuk memilih calon pilihan raya mereka sendiri untuk PRU15, tambahnya.

Bahagian itu juga berkata bahawa ketetapan ini diusulkan kerana kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk telah menafikan Hak-Hak dan Suara Umno dan BN dalam kerajaan hari ini.

Mereka juga mengetahui bahawa persoalan yang Umno hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti.

Bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat tahunan mereka pada hujung minggu lalu, menjelang mesyuarat agung tahunan peringkat nasional yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini. – 4 Januari, 2021.

ADA YANG

TAK FAHAM?

ADA YANG 

KURANG JELAS

AMIN

INI CARA 

GEROMBOLAN

BUAT KERJA

AMIN 

SEMUA TERPULANG

PADA KITA

SOKONG ATAU

LAWAN

AMIN

TAPI 

MUHYIDIN JUGA

WAJIB TERBUKA

MENCARI KAWAN

BARU

KHALAS




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, tak payah high noon high nite, tak perlu pikir banyak tim mahkamah tim dsai Tim ABC,senang saja cuba tanya pakcik makcik kat felda kat kampong, siapa mereka sokong jika besok pilihan raya? Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Semua ini atuk dah ramal.. hakikatnya rakyat suka bn umno,itu yg gang abu tak mahu paham pun. Kahkahkah