Jumaat, 12 Februari 2021

BERSAMA KITA MELAWAN LUPA




BERSAMA KITA

MELAWAN LUPA

anak muda 
aku tidak akan melupakan
pagi itu
aku terbaca berita
bouazizi
wafat 
sepuluh tahun dahulu
hari ini
kau turun ke jalan raya
dari tunis 
ke khaerah
ke  beirut
ke  damas
ke bahrain
mengombak membakar
istana
merobek mengkoyak
emperor raja dan sultan
 membaling kerusi
perdana menteri presiden
dan general
kau acung tangan
kau genggam tangan
menumbuk musuh
ke  arah dunia baru
anak muda
ombak yang kau bawa
melibas dunia
mengecut hati kaum pemodal
menakut para penjual senjata
memburu kontrektor 
juru bual
semua tokan senjata
takut mereka melihat kamu
lalu kamu dianggap  musuh
anak muda
kamu yang turun  ke jalan raya
adalah
 pembina tamadun bangsa
peneroka masa depan dunia
anak muda
lakukan sekali lagi
satu dekad  pengalaman
yang terkumpul
membuka  semula
arus ke jalan raya
ketika ini
kaum pemodal
kleptokrat
oligark
berkumpul berpesta
di davos
membincang reset
malakar dunia baru 
anak muda segala bangsa
anak muda segala agama
susun kembali
mari kita
bersedia ke  jalan raya



Tiada ulasan: