Jumaat, 12 Februari 2021

MASA ADA UNTUK MENYUSUN

 


BRO

KITA SOKONG

AMIN

TAPI APA 

CADANGAN

AMIN

ELEEEEEEK

KAH KAH KAH

ASIK ASIK NAK

JADI PM

KAH KAH KAH



Darurat bukan cara selesai krisis politik, kata bekas menteri

PETALING JAYA: Bekas menteri, Zaid Ibrahim menggesa ahli politik supaya mematuhi undang-undang dan tidak menggunakan Ordinan Darurat sebagai jalan keluar daripada krisis politik setelah kehilangan sokongan majoriti.

“Darurat tidak seharusnya digunakan untuk menyelesaikan kemelut politik, walaupun langkah ini pernah digunakan dengan berkesan sebelum ini,” kata beliau dalam satu wawancara bersama FMT .

Pemimpin politik, baik dalam kerajaan mahupun barisan pembangkang, seharusnya berpegang teguh pada prinsip undang-undang.

“Sekiranya penyandang kehilangan sokongan, beliau tidak seharusnya gentar untuk mengundurkan diri kerana dalam demokrasi, satu hari nanti mereka akan kembali lagi. Ini bagi memastikan kestabilan.”

Ordinan Darurat diisytiharkan pada 12 Jan sebagai langkah kerajaan menangani pandemik Covid 19.

Pengisytiharaan itu sekali gus menyebabkan persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga 1 Ogos.

Ahli politik pembangkang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaksanakan darurat kerana beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Zaid berharap pilihan raya dapat diadakan selepas Ogos depan bagi memulihkan kembali demokrasi di negara ini.

“Kesannya sangat buruk kepada negara jika darurat dilanjutkan. Dari segi ekonomi juga kita terkesan teruk,” tambah beliau.

“Kita boleh lihat, kita kehilangan pelabur luar.”

Beliau berkata, perdana menteri perlu memberi jaminan bahawa darurat hanyalah untuk sementara dan pilihan raya akan segera diadakan sebaik sahaja negara memperoleh bekalan vaksin, sekali gus dapat mengawal jangkitan Covid 19.

Beliau turut menegaskan bahawa darurat adalah langkah yang menguntungkan individu tertentu sahaja.

“Ada yang berkata bahawa darurat ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya ia adalah darurat orang awam. Tiada bezanya antara seorang yang mengenakan sut dan seorang lagi memakai pakaian seragam.”

TAK ABIS ABIS

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

NAK JADI PM

NI SAMALAH

MACAM MUHYIDIN

BUAT DARURAT

KERANA TERUS 

 NAK JADI PM

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: