Jumaat, 5 Mac 2021

CIKAH KELABU ASAP


HANYA CIKAH

BERBULU

KELABU ASAP

KAH KAH KAH



Takiyuddin ‘Menteri Kelabu Asap’, kata tokoh wartawan

Tokoh wartawan,  A Kadir Jasin menyifatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Takiyuddin Hassan sebagai “Menteri Kelabu Asap” apabila berkata Parlimen tidak boleh bersidang semasa darurat.

“Menteri kelabu asap kata, Parlimen tak boleh bersidang pasal lebih 100 ahli orang tua,” kata Kadir menerusi facebook beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan, dalam pilihan raya umum akan datang hanya calon-calon yang muda sahaja diundi.

“PRU nanti kita undi yang muda-muda saja,” kata Kadir menerusi Facebook beliau.

Takiyuddin berkata sebelum ini, kerajaan menasihatkan Yang Dipertuan Agong bahawa Parlimen tidak boleh bersidang ketika perisytiharan darurat.

“Jadi sekarang ini, Jemaah Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen. Jadi, itulah keadaan sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Puncanya, kata Takiyuddin, ramai ahli Parlimen yang sudah berumur dan berisiko tinggi.

“Saya nak nyatakan, di Parlimen terdapat seramai 220 ahli (Parlimen). Daripada jumlah tersebut, seramai 77 orang ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun.
 
“Seramai 19 orang berumur antara 70 hingga 79 tahun, sementara seramai empat orang berumur 80 tahun ke atas.

“Hampir sebahagian ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko dan kita tak mahu terdedah kepada perkara-perkara ini sebab kita berada di ruang yang tertutup,” ujarnya.

KITA SEMUA

 BERNASIB

BAIK

BANGANG BUKAN

SATU VIRUS

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rupanya dah tua-tua masih tak sedar dirilah tu.Kalau bersilat lidah baru ngaku dah tua tapi nak jugak berkuasa sampai tak ingat syurga neraka dan sedangkan umur sudah lanjut.Tak hairanlah golongan muda diperbodohkan sementara tua ganyut masih lagi kuat nafsu memanipulasi keadaan dan golongan muda.Ingatlah anak cucu, balik rumah belailah cucu cicit toksah nak main bergelumang dengan politaik.kahkahakhakahkahkah

Yeop sepet berkata...

Parti isle takut mati jangkit kobid??? Aku rasa ada fatwa hadi org pas mampuih Kira mati syahid.72 bidadari oo,patutnya sronok le jangkit kobid kt parlimen.x caya tanya senik.